suria

Susilo, Boediono diisytihar secara rasmi Presiden dan Naib Presiden Indonesia

JAKARTA: Komisi Pemilihan Umum (KPU) semalam mengisytiharkan secara rasmi bahawa Susilo Bambang Yudhoyono dan Boediono sebagai Presiden dan Naib Presiden Indonesia berdasarkan kepada keputusan pilihan raya Presiden 2009.

Pengisytiharan itu, yang terkandung di dalam dekri KPU itu ditandatangani Pengerusinya Abdul Hafiz Anshary, dan dibacakan oleh Setiausahanya Suripto Bambang Setyadi di sesi pleno KPU di sini.

"Dengan ini, KPU secara rasminya mengisytiharkan Susilo Bambang Yudhoyono dan Boediono sebagai presiden dan naib presiden bagi penggal 20092014," kata Setyadi seperti yang dipetik oleh agensi berita Antara.

Dalam pilihan raya presiden pada 8 Julai, pasangan SusiloBoediono menang besar dengan memperoleh 73,874,562 undi atau 60.80 peratus daripada 121,504,481 undi yang sah.

Abdul Hafiz berkata Yudhoyono dan Boediono adalah pasangan yang layak disahkan sebagai Presiden dan Naib Presiden yang dipilih bagi penggal 2009-2014. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain