suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Indonesia sambut ulang tahun ke-64

JAKARTA: Indonesia menyambut ulang tahun ke-64 kemerdekaannya hari ini dengan acara rasmi yang diketuai oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berlangsung di Istana Merdeka di sini pagi ini.

Upacara bermula dengan tembakan meriam sebanyak 17 das diikuti pembacaan naskah teks proklamasi kemerdekaan oleh Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia Agung Laksono. Pengibaran bendera Merah Putih berlangsung penuh istiadat dan kawalan kehormatan di halaman depan Istana Merdeka, disaksikan menterimenteri Kabinet Indonesia termasuk Naib Presiden Jusuf Kalla, ketuaketua perwakilan asing dan tetamu jemputan.

Sebanyak 33 pelajar mewakili semua 33 provinsi di seluruh Indonesia diberi penghormatan mengarak bendera pusaka Indonesia itu, membawanya, menerimanya daripada Presiden dan mengibarkannya.

Upacara berlangsung dalam kawalan ketat pihak berkuasa keselamatan di sekitar Istana Merdeka memandangkan Jakarta baru saja mengalami kejadian pengeboman pada 17 Julai dan Susilo sendiri dilapor menjadi sasaran pengeboman oleh kelompok pengganas.

Upacara yang bermula pada pukul 10 pagi itu berlangsung aman dalam cuaca cerah, turut disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen temnpatan.

Sambutan ulangtahun ke64 kemerdekaan negara berpenduduk 230 juta orang merangkumi lebih 17,000 buah pulau ini turut diraikan di seluruh pelosok negara dengan acara termasuk perarakan bendera di peringkat kampung dan dimeriahkan dengan sukaneka popular seperti memanjat batang pinang licin dan menangkap itik.

Terdapat juga acara mengibarkan bendera Merah Putih di kedalaman 15 meter di perairan Bunaken, Manado iaitu tempat berlangsungnya festival perarakan kapal dari pelbagai negara, "Sail Bunaken" dan pengibaran bendera di lereng bukit di Makassar serta di kawah Gunung Bromo di Jawa Timur.

Sementara itu, seperti tradisi sambutan ulangtahun kemerdekaan, beberapa penjara di Indonesia juga memberikan pengurangan tempoh tahanan terhadap ribuan tahanan termasu lebih 900 orang yang ditahan di penjara Salemba di sini dan lebih 600 tahanan di penjara Bali. BERNAMA

Artikel Lain