suria

A(H1N1): Dua lagi kematian dicatatkan di Indonesia

JAKARTA: Dua pesakit yang disahkan positif Influenza A (H1N1) mati di Hospital Daerah Dr Soetomo, Surabaya, Isnin, manakala jumlah mereka yang positif wabak itu di Indonesia ialah 1,005 orang setakat ini.

Penolong Pengarah hospital itu Dr Urip Murtejo berkata keduadua pesakit itu, seorang wanita dewasa dan seorang kanakkanak lelaki mati selepas masing-masing dirawat selama empat dan lima hari.

"Selain A (H1N1), kedua-duanya mengalami pneumonia (radang paruparu)," katanya seperti dilaporkan agensi berita Antara.

Sementara itu Kementerian Kesihatan Indonesia dalam kenyataannya semalam berkata sebanyak 57 kes baru Influenza A (H1N1) disahkan semalam selepas ujian makmal, termasuk seorang pemuda 21 tahun yang mati di Jawa Barat.

"Dengan itu secara keseluruhannya kes positif Influenza A (H1N1) ialah 1,005 orang yang tersebar di 24 provinsi," kata kenyataan itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Duka dipecat Chelsea, Lampard luah rasa hati