suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia, Australia bersama tangani isu penyeludupan manusia

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Australia hari ini mencapai kata sepakat untuk memberi komitmen yang tinggi dalam menangani isu penyeludupan manusia dan pemerdagangan orang yang menjadi fokus penting keduadua negara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata isu penyeludupan manusia dan pemerdagangan orang merupakan satu isu yang perlu ditangani dalam konteks dua hala dan serantau.

Ke arah itu, katanya kemahuan politik keduadua negara amat diperlukan bagi memastikan semua agensi yang terlibat dalam menangani isu penyeludupan manusia dan pemerdagangan orang dapat memberikan kerjasama yang baik.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak juga telah memberi persetujuan kepada pihaknya untuk mengorak langkah lebih jauh dalam usaha menangani isu itu yang mencetuskan tanggapan dunia bahawa Malaysia sebagai negara transit.

"Dalam perjumpaan antara saya dan Penasihat Keselamatan kepada Perdana Menteri Australia Duncan Lewis dengan Perdana Menteri petang tadi, Perdana Menteri memberitahu usaha menangani isu ini akan diteruskan secara tersusun kerana keduadua negara mahu memastikan masalah ini dapat diatasi dan rantau ini bebas daripada segala kegiatan berkaitan.

"Komitmen Datuk Seri Najib dengan Perdana Menteri Australia dalam isu yang dibincangkan keduadua pihak hari ini sangat tinggi dan ini amat diperlukan oleh kita di peringkat kementerian dan agensi,", katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Duncan sempena Mesyuarat Kumpulan Kerja Malaysia dan Australia Mengenai Isu Penyeludupan Manusia dan Pemerdagangan Orang di sini hari ini.

Hishammuddin berkata mesyuarat hari ini turut membincangkan secara terperinci mengenai trend penyeludupan manusia, cabaran utama yang dihadapi serta turut meneliti pendekatan untuk mengesan kegiatan penyeludupan manusia.

Selain itu, katanya perbincangan mengenai tindakan undang-undang yang melibatkan usaha pendakwaan dan urusan ekstradisi turut diadakan.

"Segala usaha yang dilaksanakan ini adalah menjurus kepada usaha berterusan pihak berkuasa keduadua negara untuk menangani permasalahan itu," katanya.

Beliau berkata bagi memastikan apa yang dicapai pada mesyuarat dua hari itu berjaya dilaksanakan, kemungkinan satu memorandum persefahaman antara keduadua negara akan ditandatangani pada Februari tahun depan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain