suria

Presiden Susilo dedah beliau jadi sasaran tembak

JAKARTA: Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono yang mengutuk keras kejadian letupan bom di dua buah hotel di sini pada Jumaat, mendedahkan beliau sendiri menerima pelbagai ancaman bahkan gambar wajahnya dijadikan sasaran latihan menembak oleh kumpulan tertentu.

Beliau berkata, maklumat itu diperoleh pihak risikan Indonesia dalam tempoh pemiliham Presiden Indonesia 8 Julai lalu.

Berikutan kejadian letupan bom di Hotel JW Marriot dan Hotel Ritz Carlton pada pukul 7.45 dan 7.47 pagi semalam, yang meragut lapan nyawa, beliau telah meminta polis dan pihak berkuasa lainnya menyiasat sama ada keduadua insiden itu mempunyai kaitan, katanya pada sidang media di sini.

Dipetik Bernama, Susilo berkata, ancaman lain yang diterimanya adalah ancaman revolusi dan rusuhan jika beliau menang dalam pilpres itu yang keputusan rasminya dijangka diketahui akhir bulan ini.

Presiden Indonesia yang jelas kelihatan marah dan kesal dengan perkara itu, meminta rakyat mentafsirkan sendiri maksud ancaman-ancaman itu yang menurutnya bukan rekaan tetapi diperoleh oleh pasukan risikan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain