suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

China beri amaran kemungkinan serangan balas di Algeria

URUMQI (China): Kedutaan China di Algeria memberi amaran kepada syarikat-syarikat dan pekerja-pekerja China negara itu supaya berhati-hati terhadap kemungkinan menghadapi serangan selepas sebuah laman web Islam menuntut pembalasan mengenai kekacauan yang berlaku di wilayah barat negara itu yang didominasi umat Islam.

Kenyataan itu dipaparkan dalam laman web kedutaan itu pada Selasa berikutan perbalahan etnik yang berlaku di Urumqi, ibu negeri Xinjiang yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 184 nyawa.

Rusuhan yang dilakukan oleh etnik monoriti Uighur dan perbalahan berterusan antara etnik itu dan etnik majoriti Han dilihat sebagai keganasan etnik yang terburuk sejak berdekad lalu.

"Kedutaan China di Algeria mengingatkan syarikat-syarikat yang dibiayai China dan pekerja-pekerja untuk meningkatkan kesedaran dan langkah-langkah keselamatan," menurut kenyataan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain