suria

Usaha diplomatik selesai isu Rohingnya sedang dijalankan

DHAKA: Usaha diplomatik antara Bangladesh dan Myanmar sedang dijalankan bagi menyelesaikan sepenuhnya isu pelarian kaum Rohingya yang telah berlarutan selama dua dekad.

Kaum Rohingya, yang merupakan satu kumpulan etnik di utara Myanmar, mula memasuki wilayah Bangladesh pada awal 1980an bagi mendapatkan perlindungan berikutan keadaan politik dan sosial yang tidak menentu di tanah air mereka di wilayah Arakan.

Lebih 250,000 kaum Rohingya, kebanyakannya orang Islam, didaftarkan sebagai pelarian pada 19911992 dan diberikan perlindungan di khemahkhemah pelarian di Bangladesh dengan bantuan Suruhanjaya Tinggi bagi Pelarian Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (UNHCR).

Berikutan rundingan antara Dhaka dan Yangon, lebih 230,000 pelarian Rohingya pulang ke tempat asal mereka secara berperingkatperingkat dengan bantuan UNHCR. Bagaimanapun, lebih 20,000 pelarian masih tinggal di khemahkhemah pelarian.

Menteri bagi Pengurusan Bencana Bangladesh Abur Razzak mengadakan pertemuan dengan wakil UNHCR Pia Prytz Phiri di Dhaka, Sabtu lepas dan berbincang mengenai isu penghantaran pulang pelarian kaum Rohingya.

"Masalah Rohingya merupakan beban tambahan bagi negara yang sering dilanda bencana seperti Bangladesh. Masalah ini memerlukan penyelesaian segera dan Bangladesh mahu pelarian Rohingya pulang ke negara asal mereka, kata menteri itu sambil menambah kata usaha diplomatik sedang dijalankan bagi menyelesaikan masalah itu.

Sambil memuji Bangladesh kerana memberikan perlindungan kepada pelarian Rohingya, wakil UNHCR itu menyifatkan isu Rohingya sebagai masalah rantau ini dan usaha bersama oleh Bangladesh dan Myanmar adalah amat perlu bagi menyelesaikannya. BERNAMA

Artikel Lain