suria

Malaysia, Singapura setuju pendekatan menang-menang dalam PoA

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Singapura sepakat untuk mengambil pendekatan menang-menang yang lebih meluas bagi menyelesaikan Perkara-perkara yang Dipersetujui (PoA) membabitkan kedua-dua negara.

Dalam satu kenyataan di sini, Wisma Putra berkata persetujuan itu dicapai dalam pertemuan antara Menteri Luar Datuk Anifah Aman dan rakan sejawatannya dari Singapura, George Yeo.

Pertemuan itu berlangsung di pejabat Anifah di Putrajaya semalam.

Menurut kenyataan itu, perbincangan antara keduadua menteri berlangsung dengan baik dan mereka menegaskan semula hubungan serta kerjasama rapat dua hala.

Kunjungan Yeo hari ini merupakan susulan kepada lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Singapura selama dua hari lewat bulan lepas.

Dalam lawatan itu, Najib dan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong, bersetuju agar Menteri Luar keduadua negara mengusahakan isu PoA.

Antara lain, PoA berkenaan mengandungi cadangan bagi pembinaan sebuah jambatan baru yang menghubungkan keduad-ua negara dan langkah meningkatkan rangkaian udara serta landasan.

Dalam pertemuan itu, Anifah dan Yeo turut membincangkan cara untuk menggerakkan isu PoA itu dan bersetuju untuk mengadakan pertemuan semula secepat mungkin bagi memperkemaskan butiran selanjutnya, kata kenyataan itu.

Mereka juga membincangkan kemungkinan mengadakan sesi perentian bagi keduadua Perdana Menteri di Singapura hujung tahun ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain