suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kemalangan tren: Enam terbunuh

WASHINGTON: Tren bawah tanah yang terlibat dalam satu kemalangan di sini menyebabkan enam orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 76 yang lain dilaporkan cedera.

Datuk Bandar Adrian Fenty yang menyifatkan nahas itu sebagai paling buruk dalam sejarah 33 tahun sistem Metro itu.

Sebuah tren transit Metro telah menghentam sebuah lagi dan terlambung di atas gerabak lain.

Badan kedua-dua tren itu terkopak dan melekat antara satu sama lain.

Pegawai berkata, sebuah tren melanggar tren yang berhenti tetapi punca nahas belum dapat dipastikan lagi.

Petugas kecemasan terpaksa memotongnya bagi mengeluarkan mangsa yang terselamat.

Pasukan penyelamat masih lagi berusaha mencari mangsa-mangsa lain. -AP

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia