suria

Sekolah pondok Islam tempat pengwujudan pemberontak di Selatan Thai

BANGKOK: Sekolah pondok telah menjadi tempat pengwujudan pemberontak di Selatan Thai berikutan kumpulan pemisah menggunakan mereka untuk merekrut dan melatih remaja Muslim, menurut laporan terkini International Crisis Group (ICG) yang beribu pejabat di Brussels, Belgium.

Dalam laporan "Merekrut Militan di Selatan Thailand", ICG menyatakan bahawa ada lebih 100,000 pelajar di sekolah pondok, kumpulan pengambilan yang dianggarkan 1,800 hingga 3,000 pejuang.

"Mereka yang merekrut merayu etnik Melayu agar berbangga dengan nasionalisme kesultanan lama Pattaninya. Mereka memberitahu pelajar di sekolah bahawa adalah menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk mengambil balik tanah mereka daripada penganut Buddha yang kafir," kata penganalisis ICG Thai Rungrawee Chalermsripinyorat.

Beliau berkata kelas pondok merupakan permulaan kontak pengrekrut mencari pelajar yang alim, kuat bekerja dan berperangai baik untuk menyertai program penyemaian aktiviti luar sambil menambah pelajaran agama, aktiviti lawatan dan sukan menyediakan peluang bagi menilai pelajar dalam tempoh antara beberapa bulan dan setahun.

Laporan itu menyatakan jika ada pelajar yang dilihat sebagai rekrut berpotensi diminta mengangkat sumpah kesetiaan dan sesetengahnya menjalani pemantapan fizikal dan latihan ketenteraan sebelum ditugaskan bagi pelbagai peranan dalam operasi peringkat kampung.

Bagi mereka yang ditolak untuk perkhidmatan barisan hadapan, ada peranan sokongan dalam pertubuhan seperti perang saraf psikologikal di mana pelajar bawah 18 tahun kebanyakan diberi tanggungjawab sebagai pengintip, membakar rumah dan harta dan menulis perkataan "Bebaskan Pattani" di jalan raya.

Lebih 3,500 orang terbunuh pada keganasan setiap hari sejak kumpulan pemisah memulakan kempen mereka pada Januari 2004, menuntut kemerdekaan untuk tiga wilayah yang majoriti penduduk Muslim, Yala, Pattani dan Narathiwat.

Pihak berkuasa Thai melihat sekolah pondok sebagai tempat untuk merekrut militan. Sapaeing Baso, bekas guru besar bagi 6,000 pelajar Sekolah Thammawittaya Mulnithi di Yala, melarikan diri pada 2004 apabila pasukan keselamatan menangkap bersiap sedia menangkap beliau atas pertuduhan pemimpin utama itu terlibat dengan kegiatan ini.

ICG menyatakan subsidi kerajaan kepada sekolah pondok sebagai sebahagian dasar untuk memperkenalkan pendidikan sekular ke dalam sekolah Muslim, telah menyediakan satu insentif untuk mereka menambahkan lagi bilangan beribu-ribu pelajarnya.

Pengambilan itu juga menyemarakkan lagi pelanggaran hak asasi manusia oleh kerajaan dan dengan kegagalan untuk menjadikan pasukan keselamatan dipertanggungjawabkan dengan penyalahgunaan kuasa sebelum ini, laporan itu menambah.

"Kerajaan telah terganggu dengan kekacauan yang berlaku di negara ini tetapi ia perlu memfokuskan perhatian kepada wilayah selatan. Keganasan itu tidak akan berakhir melainkan permasalahan Muslim Melayu ditangani," kata Jim DellaGiacoma, pengarah projek ICG Asia Tenggara. BERNAMA

Artikel Lain