suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Paderi atasan boleh main peranan krisis Iran

CAIRO: Salah seorang daripada individu paling berkuasa di Iran kemungkinan boleh memainkan peranan penting di sebalik krisis pasca pilihan raya negara itu.

Bekas presiden dan paderi berpengaruh, Ayatollah Hashemi Rafsanjani tidak membuat sebarang komen sejak meletusnya konfrontasi antara penyokong Presiden, Mahmoud Ahmadinejad dan reformis yang mendakwa beliau 'mencuri' pemilihan semula melalui penipuan.

Bagaimanapun, televisyen Iran menyiarkan gambar anak perempuan Rafsanjani, Faezeh Hashemi bercakap dengan ratusan penyokong pembangkang dan Rafsanjani tidak berahsia mengenai kebenciannya terhadap Ahmadinejad apabila tidak hadir pada amanat yang disampaikan pemimpin tertinggi negara itu mengenai perpaduan negara dan menyokong presiden.

Pemimpin Tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei memuji Rafsanjani, 75, pada Jumaat sambil menyifatkan beliau sebagai seorang arkitek revolusi dan ikon politik yang berkesan selama bertahun-tahun, namun mengakui yang kedua-dua pemimpin itu mempunyai banyak perbezaan pendapat.

"Sudah tentu, idea presiden hampir sama dengan saya," kata Khamenei sambil memberi amaran kepada calon pembangkang, Mir Hossein Mousavi dan penyokongnya supaya menghentikan bantahan atau berdepan dengan akibat.

Keputusan pilihan raya Presiden Iran minggu lalu yang memihak kepada Ahmadinejad telah mencetuskan konflik politik dan keadaan huru hara di negara itu.

Artikel Lain