suria

Iran: 13 lagi terbunuh rusuhan susulan pemilihan Presiden

PENYOKONG-penyokong calon Presiden Iran yang ditewaskan, Mir Hossein Mousavi menunjukkan aksi mereka semasa mengadakan bantahan di Tehran, semalam. Ibu negara Iran itu diselubungi keganasan selepas pasukan keselamatan bertempur dengan penyokong-penyokong Mousavi yang telah menganggap dirinya memenangi pemilihan 12 Jun lalu.--fotoREUTERS

IRAN: Seramai 13 orang, yang dilabelkan sebagai "kumpulan pengganas" terbunuh dalam pertempuran dengan polis dipercayai susulan keputusan pemilihan Presiden, lapor stesen televisyen kerajaan hari ini.

Laporan itu tidak menjelaskan dengan khusus bagaimana kematian berlaku.

Bagaimanapun beberapa stesen televisyen awam melaporkan sebelum ini bahawa beberapa orang terbunuh semalam apabila "perusuh" menyerang sebuah masjid di barat Teheran.

Laporan stesen televisyen rasmi bahasa Inggeris hari ini menyebut "perusuh" membakar sebuah stesen minyak dan menyerang pondok kawalan tentera.

Ibu negara Iran diselubungi keganasan semalam selepas pasukan keselamatan bertempur dengan penyokong-penyokong bekas calon pemilihan Presiden, Mir Hossein Mousavi, yang menganggap beliau telah memenangi pemilihan 12 Jun lalu.

Presiden Mahmoud Ahmadinejad telah diisytiharkan memenangi pemilihan buat penggal kedua berturut-turut dengan sokongan besar luar biasa.

Laporan itu merupakan yang kedua disahkan sejak rusuhan bermula susulan pemilihan itu.

Media milik kerajaan sebelum ini melaporkan tujuh orang telah terbunuh awal minggu ini. AP

Artikel Lain