suria

Hampir 200 kes H1N1 direkod di Singapura

SINGAPURA: Singapura semalam mengesahkan 26 lagi kes baru Influenza A (H1N1), terdiri daripada 10 kes tempatan dan 16 kes dengan sejarah melakukan kembara.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang disahkan di Singapura sebanyak 194 kes.

Dalam maklumat terkininya malam ini, Kementerian Kesihatan berkata Klinik Kesiapsiagaan Pandemik (PPC) yang terletak di seluruh negara pulau ini kini bersedia untuk membantu menguruskan dan merawat pesakit yang disyaki dijangkiti wabak itu.

Bekalan alat perlindungan bagi anggota yang terbabit dan Tamiflu turut dihantar ke klinik berkenaan, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu turut menyebut klinik berkenaan akan memastikan warga Singapura mudah mendapatkan pemeriksaan perubatan dan rawatan segera terhadap penyakit menyerupai influenza seperti demam, batuk, sakit tekak dan hidung berair. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain