suria

Parti Kongres peroleh kemenangan besar, sedia tubuh kerajaan

NEW DELHI Parti United Progressive Alliance (UPA) yang menerajui Kongres memperoleh kemenangan pada pilihan raya Lok Sabha ke-15 dan berada dalam keadaan selesa untuk membentuk kerajaan baru.

Ketika Suruhanjaya Pilihan Raya memulakan kiraan undi hari ini, UPA mendahului dengan 259 kerusi daripada 543 anggota Parlimen dan meninggalkan pesaing rapatnya parti Bharatiya Janata Party (BJP) yang menerajui National Democratic Alliance (NDA). (Kiraan akhir masih berjalan).

Dengan keputusan hari ini, Perdana Menteri Manmohan Singh, 77, yang barubaru ini menjalani pembedahan pintasan jantung, dijangka mengekalkan jawatannya untuk penggal kedua berturutturut dan menerajui negara yang mempunyai lebih satu bilion rakyat dengan kerajaan yang lebih stabil.

Beribu-ribu penyokong Kongres merayakan kemenangan itu di ibu negara India dengan membanjiri jalan raya dan menyanyi di tengah cuaca panas yang melebihi 40 darjah celsius hari ini.

"Rakyat telah melahirkan keyakinan terhadap Kongres. Ia adalah hasil kepimpinan berwawasan Sonia Gandhi dan kerja keras Rahul Gandhi. Partiparti pembangkang perlu memberi sokongan kepada kerajaan berhubung sebarang isu yang positif," kata Manmohan kepada pemberita selepas keputusan diumum.

Shashi Tharoor, penulis terkenal dan bekas ketua setiausaha bahagian Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu, yang pertama kali menceburi politik India dan bertanding atas tiket Kongres di Thiruvananthapuram, Kerala juga menang.

Kawasan yang menjadi kubu kuat Dravida Munnettra Kazhagam (DMK), yang diketuai M. Karunanidhi, berusia 84 tahun masih kekal walaupun terdapat spekulasi bahawa All India Anna Dravida Munnetra Kazhagam (AIADMK) yang diketuai pemimpin veteran S. Jayalalitha akan membuat kejutan besar di selatan.

Gabungan KongresDMK menang 18 kerusi daripada 39 kawasan Parlimen di Tamil Nadu, manakala bekas aktres yang menjadi ahli politik, Jayalalitha bersama rakan gabungannya, hanya menang 11 kerusi.

Parti berhaluan kiri, yang terdiri daripada Parti Komunis India (CPI) dan Parti Komunis IndiaMarxist (CPM), masingmasing mengalami kekalahan di kawasan kubu kuat mereka di Kerala dan Bengal Barat.

UPA dijadual mengadakan mesyuarat pada Ahad untuk merangka strategi politik mereka.

Lebih 700 juta pemilih mengundi pada pilihan raya umum itu yang diadakan dalam lima fasa, mulai 16 April dan berakhir pada 13 Mei. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain