suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peru sahkan kes pertama wabak influenza H1N1

LIMA: Peru semalam mengesahkan kes pertama wabak influenza H1N1 di negara itu apabila seorang warganegaranya dijangkiti wabak itu selepas pulang daripada Amerika Syarikat (AS).

Reuters melaporkan, Menteri Kesihatan Peru, Oscar Ugarte berkata, wanita itu dilaporkan pulang ke Peru pada Sabtu lalu dari New York menaiki pesawat LAN Airlines tetapi tidak mengalami simptom-simptom wabak itu sehinggalah keesokan harinya.

"Warganegara berumur 27 tahun ini tiba tanpa simptom-simptom atau kesakitan ekoran wabak itu tetapi mula mengalami demam pada malam Ahad," katanya dalam satu sidang media.

Katanya, wanita itu kini dirawat di rumah dan sedang pulih.

Artikel Lain