suria

Perkembangan wabak influenza H1N1 di seluruh dunia

BERIKUT adalah perkembangan wabak influenza H1N1 di seluruh dunia menurut Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Wabak Amerika Syarikat, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pegawai-pegawai kerajaan:

Kematian - Sebanyak 63 kematian dicatatkan di seluruh dunia; 58 di Mexico, satu di Kanada dan satu di Costa Rica.

Kes yang disahkan - Kira-kira 6,298 kes dikenal pasti di 33 negara termasuk sekurang-kurangnya 2,282 kes di Mexico, 3,352 di 45 negeri di Amerika Syarikat dan 389 di Kanada.

WHO menyatakan negara-negara yang terlibat harus menyimpan ubat-ubat anti virus bagi pesakit-pesakit yang paling berisiko tinggi termasuk yang telah menderita wabak-wabak dan komplikasi lain. CDC menyatakan, wanita mengandung perlu mengambil ubat tersebut jika mereka didiagnos mempunyai wabak itu - walaupun kesannya terhadap kandungan belum diketahui sepenuhnya.

Wakil-wakil negara Kesatuan Eropah dan Amerika Latin berjumpa di Prague bagi membincangkan wabak influenza H1N1 dan isu-isu lain.

Mexico menyatakan Peru telah bersetuju untuk membuka sekatan bagi penerbangan terus dari Mexico tetapi tiga negara Amerika Latin - Cuba, Ecuador dan Argentina - masih mengambil langkah itu di negara mereka. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain