suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wartawan Amerika yang dibebas tiba di Austria

VIENNA: Wartawan Amerika yang dituduh menjadi pengintip di Iraq, Roxana Saberi telah tiba di Austria selepas dibebaskan dari penjara Iran.

Saberi, 32, yang mempunyai dua kewarnegaraan Iran-Amerika tiba di Vienna awal pagi Jumaat bersama ibu bapanya dan seorang rakan.

Saberi berkata, dia bercadang untuk menghabiskan masanya beberapa hari di rumah rakannya di Vienna.

"Saya memerlukan masa untuk memikirkan apa yang berlaku kepada saya," katanya.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokongnya.

Saberi sebelum ini dituduh mengintip satu perbicaraan tertutup di Iran dan dikenakan hukuman penjara lapan tahun.

Saberi menjalani hukuman tersebut selama empat bulan.

Dia dibebaskan Isnin lalu dan kembali ke pangkuan keluarga selepas Mahkamah Rayuan meringankan hukumannya kepada dua tahun namun pelaksanaannya digantung.

Artikel Lain