suria

Australia kurangkan kemasukan pekerja migrasi mahir

MELBOURNE: Kemasukan pekerja migrasi mahir Australia akan dipotong bagi kali kedua sejak dua bulan lepas, berikutan kesan krisis kemelesetan ekonomi global.

Bajet Persekutuan pada minggu depan akan memotong kemasukan 7,000 pekerja mahir am bagi tahun kewangan akan datang kepada 108,000, demikian menurut laporan akhbar Fairfax.

Langkah kerajaan itu dilakukan berikutan satu keputusan yang diambil pada Mac untuk mengurangkan 18,500 pekerjaan.

Pengurangan sejumlah 25,000 pekerjaan merupakan pemotongan 20 peratus terhadap program itu.

Ia merupakan pemotongan paling tinggi sejak kemelesetan sebelum ini, kata laporan Fairfax itu.

Langkah itu dijangka dilaksanakan walau pun perangkaan yang diumumkan pada minggu ini menunjukkan kadar pengganguran turun daripada 5.7 peratus kepada 5.4 peratus atau 27,000 pekerjaan pada bulan lepas. BERNAMA

Artikel Lain