suria

Suami paku kepala isteri gara-gara mas kahwin

NEW DELHI: Seorang peniaga ditahan setelah didakwa memaku kepala isterinya yang sedang mengandung yang polis syaki ada kaitan dengan soal mas kahwin.

Kejadian berlaku di Hisar, di negeri Rajasthan, di sebelah utara India, di mana tertuduh Joginder Singh, 27, bersama ibunya dipercayai telah mendera isterinya Vaishakhi, 24, sejak mereka berkahwin setahun lalu.

"Sebelum mengetuk paku ke kepala isterinya, Joginder telah mendera isterinya dengan besi panas. Dia kemudian meninggalkan isterinya di daerah Jhunjhunu," lapor akhbar Times of India, yang memetik kenyataan seorang pegawai polis di Hisar.

Ujian x-ray pada kepala mangsa, mendapati paku sepanjang 3 sentimeter tertanam di kepalanya, Dia kini sedang dirawat di sebuah hospital di Jaipur di mana keadaannya dilaporkan sedang pulih.

Menurut laporan itu, tertuduh yang dibantu ibunya sering mendera mangsa kerana meminta mas kahwin yang lebih banyak.

Semasa di siasat polis, Joginder memberitahu bahawa dia membawa isterinya ke Jhunjhunu untuk menjalani rawatan perbubatan kerana isterinya sakit.

Vaishakhi telah membuat laporan polis ke atas suaminya dengan mendakwa dia sering didera oleh suami dan ibu mertuanya disebabkan oleh mas kahwin.

"Sebelum membawa saya ke sini, Joginder membakar badan saya dengan besi panas dan mengetuk paku ke kepala saya," kata Vaishakhi dalam laporannya kepada polis. BERNAMA

Artikel Lain