suria

Suu Kyi perlu dibebaskan segera - Kesatuan Eropah

KUALA LUMPUR: Utusan Khas Kesatuan Eropah Bagi Myanmar, Piero Fassino, meminta kerajaan junta tentera negara itu supaya memberi rawatan perubatan yang sempurna dan membebaskan pemimpin pro demokrasi Myanmar Aung San Suu Kyi daripada perintah tahanan rumah.

"Berdasarkan laporan mengenai keadaan kesihatan Suu Kyi, saya percaya pemimpin parti Liga Kebangsaan Untuk Demokrasi itu memerlukan rawatan segera.

"Dalam keadaan ini, kami memohon supaya doktornya dibebaskan dengan segera, perintah tahanan rumah ke atas pemenang anugerah Nobel itu ditarik balik dan banduan yang sudah menyesal dibebaskan," katanya dalam kenyataan yang dihantar kepada Bernama hari ini.

Fassino berkata adalah menjadi keperluan bahawa syarat pengasingan yang dikenakan terhadap Suu Kyi sudah berlarutan sekian lama dan perlu ditarik balik dengan segera.

"Seluruh masyarakat antarabangsa harap pihak berkuasa Myanmar mengambil langkah itu supaya dialog di antara pihak junta, pembangkang dan masyarakat etnik negara itu akhirnya boleh bermula," katanya.

Terdahulu itu, Majlis Kesatuan Eropah berkata mereka amat kesal dengan tindakan Myanmar mengangkap dan mendakwa Suu Kyi kerana meningkari syarat penahanan dalam rumah di mana Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan tindakan itu melanggar undang-undang antarabangsa.

Pendakwaan itu dilihat sebagai usaha junta tentera untuk melanjutkan tempoh penahanan terhadap Suu Kyi yang berakhir 27 Mei ini.

Kesatuan Eropah menggesa kerajaan pemerintahan tentera Myanmar segera membebaskan Suu Kyi serta mengadakan proses pemulihan demokrasi dan mengasaskan fasa baru dalam pembangunan demi kestabilan dan kesejahteraan negara itu. BERNAMA

Artikel Lain