suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Obama ucapa tahniah kepada Najib atas pelantikan sebagai PM

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri dan menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Najib di masa depan.

Dalam perutusan tahniah kepada Najib, Obama berkata: "Kedua-dua negara kita menjalin hubungan yang erat dan saya tahu bahawa anda telah memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan itu.

"Anda dan saya berpeluang untuk menerajui negara kita pada ketika sedang berdepan dengan pelbagai cabaran dan peluang. Tindakan kita akan memberikan kesan yang besar dan usaha bersama kita akan memberikan impak positif berkekalan," katanya.

Obama berkata beliau bersedia menjalin kerjasama erat dengan Najib dalam menangani cabaran berkenaan dan memanfaatkan setiap peluang yang ada.

"Saya ucapkan selamat maju kepada anda dalam menjalankan tanggungjawab baru sebagai Perdana Menteri," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain