suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

28 warga Australia menunggu keputusan ujian H1N1

MELBOURNE: Dua puluh lapan orang di Australia sedang menunggu keputusan ujian bagi Influenza A(H1N1), kata Menteri Kesihatan Persekutuan Nicola Roxon di sini hari ini.

"Pada masa ini kita ada sebilangan orang, termasuk satu keluarga, yang diuji positif dengan Influenza A," Roxon memberitahu media.

"Kemungkinan besar kita akan mendapat keputusan (ujian) itu sama ada lewat malam ini atau awal pagi esok," kata beliau.

Roxon berkata, terdapat laporan dari seberang laut bahawa situasi boleh bertambah buruk ketika suhu bertambah sejuk.

"Kita perlu terus berwaspada," kata beliau. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain