suria

Manik kuno berusia 150,000 tahun ditemui di pantai Maghribi

ANTARA 33 biji manik yang ditemui di pantai Maghribi. — Agensi

MANIK berusia kira-kira 150,000 tahun yang dipercayai digunakan sebagai anting-anting dan kalung telah ditemui oleh sepasukan ahli antropologi di persisiran pantai Maghribi.

33 biji manik yang diperbuat daripada cangkerang siput laut dan berukuran kira-kira setengah inci itu ditemui di muara Gua Bizmoune, kira-kira 10 batu dari Essaouira, sebuah bandar di pantai Atlantik Maghribi antara 2014 dan 2018.

Difahamkan, usia manik-manik itu adalah antara 142,000 hingga 150,000 tahun dan ditemui oleh ahli antropologi dari University of Arizona di Tucson.

Penulis, Steven L. Kuhn berkata, penemuan itu adalah bukti paling awal yang menunjukkan komunikasi manusia berbentuk nonverbal, selain memberi petunjuk mengenai asal-usul kemahiran kognitif manusia.

Katanya, ia juga menunjukkan pemikiran awal manusia bagi mencipta alat perhiasan.

“Mereka menunjukkan bahawa ia hadir (wujud perhiasan) beratus-ratus ribu tahun yang lalu, malah manusia juga berminat untuk berkomunikasi dengan kumpulan lebih besar selain daripada rakan dan keluarga mereka,” kata Kuhn.

Tambahnya, lubang pada bahagian tengah manik menunjukkan bahawa ia digantung pada tali atau pakaian.

Manik-manik seumpama itu banyak ditemui di lokasi seluruh Afrika utara dan selatan, namun usianya tidak lebih daripada 130,000 tahun.

Malah, manik-manik kuno dari Afrika Utara juga dikaitkan dengan Aterian, budaya zaman batu tengah yang terkenal dengan pembuatan tombak tersendiri, bagi memburu haiwan liar termasuk rusa dan badak. —Mail Online

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

manik, anting-anting, Afrika

Artikel Sebelum

Jerung pun nak ‘photobomb’

Artikel Lain