suria

Siapa tiru siapa? Lelaki ini terkejut jumpa 'kembar' ketika live

MOMEN lucu ketika kedua-dua lelaki itu 'berjumpa' di Ome TV. — Agensi

SEBUAH video tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki 'berjumpa' dengan pelanduk dua serupanya dalam laman Ome TV.

Video berkenaan yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok, @shraamin_ itu menunjukkan kedua-dua lelaki itu kelihatan terkejut selepas menyedari mereka memiliki wajah yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau zaman saya dulu, ramai orang cakap main permainan video tiada manfaat”

ARTIKEL BERKAITAN: Cemerlang dalam e-Sukan dan akademik, ini resipi kejayaan Ahmad Akmal

Menurut laporan World of Buzz, salah seorang lelaki terbabit adalah seorang pencipta kandungan permainan video terkenal, Aul MI.

"Bila Aul jumpa kembar di OME," tulis @shraamin_ pada video berkenaan.

Dalam video itu, Aul yang memakai jersi berwarna kuning dan hitam terkejut ketika melihat lelaki berbaju biru itu memiliki wajah yang mirip.

"Kenapa kau meniru wajah aku," tanya Aul dalam video tersebut.

"Kau yang meniru wajah aku," jawab lelaki berbaju biru itu.

Reaksi Aul dan lelaki itu membuatkan rakan-rakan Aul turut ketawa dalam video terbabit. Identiti lelaki berbaju biru itu bagaimanapun tidak diketahui.

Hingga kini, video itu menerima 428,200 likes dan ditonton lebih 2.8 juta kali. Ramai netizen turut memberikan pelbagai komen dalam video tersebut.

"Dia mungkin satu ayah tapi berbeza ibu," komen salah seorang netizen.

"Dia mungkin kembar awak yang terpisah," tambah netizen lain.

"Weyy sumpah sama, dari suara, rambut, mata semua lahh," ujar seorang lagi netizen. — Detik

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ome TV, TikTok, kembar, Aul MI, video

Artikel Lain