suria

Lawan bantal pun jadi sukan, ini peraturannya...

PASUKAN yang memenangi kejohanan lawan bantal akan dinobatkan sebagai pasukan yang terbaik di Jepun. — Agensi

LAWAN bantal adalah salah satu 'aktiviti' menyeronokkan yang sering dilakukan oleh kanak-kanak di seluruh dunia.

Begitu juga di Jepun, bezanya aktiviti tersebut dijadikan sebagai sukan di peringkat kebangsaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sehidup semati! Kembar seiras Jepun diiktiraf paling tua di dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Betul ke siri animasi popular Jepun turut dapat sentuhan anak tempatan? - “Manalah kami tahu Dragon Ball ni akan jadi legenda”


Setiap tahun, puluhan pasukan dari seluruh Jepun akan pergi ke bandar Ito untuk bersaing dalam salah satu acara sukan paling unik di dunia iaitu Kejohanan Lawan Bantal Seluruh Jepun.

Dalam kejohanan itu, semua pasukan terdiri daripada pelbagai lapisan umur bersaing antara satu sama lain bagi tujuan kemasyhuran dan kekayaan.

Kejohanan itu diinspirasikan daripada aktiviti lawan bantal yang selalu dilakukan oleh pelajar Jepun sebelum tidur ketika rombongan persekolahan.

Ritual itu dialami oleh kebanyakan kanak-kanak Jepun dan suatu hari, segelintir daripada mereka memutuskan adalah seronok sekiranya aktiviti berkenaan dijadikan sebagai sukan.

Kejohanan tersebut bermula pada 2013 dan sejak itu diadakan setiap tahun.

Peraturan permainan itu adalah mudah. Setiap permainan dimainkan oleh lima orang dari setiap pasukan dan mereka perlu memakai 'yucata' iaitu pakaian tradisional musim panas Jepun.

Permainan itu bermula dengan semua pemain berpura-pura tidur, sehingga pengadil meniupkan wisel, mengisyaratkan mereka untuk bangun dan memegang bantal.

Mulai saat itu, lawan bantal agak mirip dengan permainan dodgeball iaitu mereka perlu memukul pemain lawan dengan bantal, terutamanya kapten setiap pasukan.

Pasukan pertama yang berjaya memenangi dua pusingan dinobatkan sebagai pemenang. — Oddity Central

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

lawan bantal, sukan, Jepun, Ito

Artikel Berikut

Artikel Lain