suria

Wanita bingung kereta kemik angkara labu

WANITA itu menunjukkan keadaan belakang kereta yang kemik selepas dibaling labu pada Ahad lalu. — Agensi

SEORANG wanita di Amerika Syarikat (AS) berkongsi gambar di media sosial tentang keadaan belakang keretanya yang rosak akibat dibaling labu oleh sekumpulan individu tidak dikenali.

Ketika hari kejadian, wanita berkenaan, Schaey Arceneaux, sedang melakukan kerja di rumahnya sebelum terdengar satu bunyi yang kuat.

"Ia satu bunyi yang aneh. Ia membuatkan saya mahu keluar melihatnya. Jadi saya keluar dan ternampak sesuatu berada di jalan raya.

"Pada mulanya, saya tidak mengetahui apakah itu tetapi ia adalah labu yang hancur. Mereka membaling labu terhadap kereta saya! Ia kemik teruk," kata Arceneaux.

labu

ARCENEAUX menunjukkan labu yang merosakkan keretanya. — Agensi

Tambah malang, kejadian berkenaan turut menyebabkan pintu bonet belakang keretanya kemik sementara lampu belakang serta nombor plat kenderaan itu juga pecah dan rosak.

"Mungkin perkara itu menyeronokkan bagi anda tetapi tidak menyeronokkan bagi orang yang menerima nasib seperti ini kerana saya tidak tahu bagaimana untuk membayar semua kerosakan ini," ujarnya.

Arceneaux berkata, suspek menggunakan kenderaan trak empat pintu dan berwarna hitam.

"Saya sangat berharap saya tahu punca mereka melakukan perkara seperti ini. Saya tidak tahu sama ada saya memang menjadi sasaran atau itu berlaku secara rawak.

"Saya juga tidak tahu sama ada ia turut berlaku pada orang lain," menurutnya lagi.

Arceneaux menggunakan kenderaan itu untuk tujuan perniagaan kecilnya, merantau luar dan dalam bandar.

"Saya mengalami situasi sukar sebagai pemilik perniagaan kecil, cuba memasarkan produk saya. Saya sukar mencari sesuap nasi, berusaha membayar pinjaman kereta berkenaan.

"Sekarang ini, saya terpaksa membayar perbelanjaan lain yang boleh dielakkan jika mereka tidak mengganggu saya," katanya. — Agensi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

labu, kemek, kereta, prank

Artikel Lain