suria

Mendebarkan! Aksi seberang sungai atas tali setinggi 70 meter

PAULIN juga pernah menyeberangi sungai Seine di atas tali gantung pada tahun 2017. — Agensi

SEORANG jejaka asal Perancis, Nathan Paulin, 27, mencuri tumpuan penduduk di Paris selepas berjaya melakukan aksi akrobatik dengan menyeberangi sungai Seine di atas tali gantung setinggi 70 meter.

Paulin melakukan aksi itu sempena Hari Warisan dengan jalan berkaki ayam di atas tali sepanjang 600 meter yang digantung dari tingkat satu menara Eiffel dan Teater Chaillot.

Aksi itu juga disaksikan oleh ramai penduduk di tempatan yang menyorak serta memberi sokongan kepada pemegang beberapa rekod dunia itu.

KEHADIRAN penonton memberikan tekanan kepada Paulin untuk melakukan aksi berkenaan. — Agensi

Dia hanya menggunakan seutas tali keselamatan yang diikat pada pinggang. Paulin juga dilihat sempat berhenti berehat di tengah perjalanan, selain duduk dan bergayut pada tali bekenaan.

Katanya, tidak mudah untuk berjalan di atas tali tersebut dan mata-mata yang memerhati (penonton) yang juga memberi tekanan kepada dirinya.

"Ramai yang melihat aksi saya kali ini dan itu membuatkan saya gementar.

"Namun ia merupakan satu pengalaman yang indah dan pencapaian yang membanggakan buat saya," katanya.

Tambahnya lagi, dia memilih untuk melakukan aksi seumpa itu kerana ia memberikan perspektif berbeza dan kelainan dalam meraikan Hari Warisan.

Terdahulu, Paulin juga pernah menyeberangi sungai Seine dengan menggunakan tali pada tahun 2017.

Hari Warisan atau Heritage Day merupakan perayaan tahunan yang diraikan di Perancis.

Semasa perayaan itu, orang ramai diundang untuk mengunjungi bangunan dan monumen bersejarah yang biasanya ditutup kepada umum. — Agensi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain