suria

Buru lebih 178 ekor anjing untuk dikahwinkan, cuba pecah rekod dunia

MAJLIS perkahwinan anjing di Chicago akan dianjurkan di Bandar Villa Park, Illinois, Amerika Syarikat pada Sabtu.— Agensi

PIHAK penganjur program perkahwinan anjing di Illinois, Chicago, Amerika Syarikat berharap dapat mengumpulkan lebih daripada 178 pasangan anjing untuk dikahwinkan, sekali gus memecahkan rekod dunia.

Difahamkan, program berkenaan akan dianjurkan di bandar Villa Park, Illinois pada Sabtu.

Ketua komuniti di Villa Park Focus yang juga merupakan Suruhanjaya Penyatuan Kejiranan Chicago, Leslie Allison-Seei memberitahu, pihaknya mahu memecahkan rekod majlis perkahwinan anjing terbesar di dunia iaitu 178 pasangan anjing yang dicatatkan di Littleton, Colo pada 2007.

"Kami mahu komuniti kami tercatat dalam rekod dunia.

"Sebelum ini ada cubaan untuk memecahkan rekod sama dilakukan di Littleton, Colo, pada tahun 2007 namun ia gagal kerana hanya 87 pasang anjing yang dapat dikumpulkan pada November 2008 di Oak Park, Ill," katanya.

Tambahnya, Presiden Villa Park Village, Nick Cuzzone, dijadual akan merasmikan upacara perkahwinan anjing tersebut.

Jelasnya lagi, acara berkenaan akan mengumpulkan pasangan anjing dari seluruh Chicago.

"Pemilik haiwan peliharaan yang anjingnya tidak mempunyai pasangan untuk berkahwin boleh mengambil bahagian dalam doggy speed-dating.

"Program tersebut bertujuan untuk mencari pasangan yang tepat sebelum upacara perkahwinan," ujarnya.— Agensi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Chicago, rekod dunia, anjing, kahwin, majlis

Artikel Lain