suria

Baru tahu susu pekat manis boleh hilangkan dakwat pada baju... Lega tak perlu beli sabun mahal

Baju yang terkena dakwat boleh direndam dalam air susu.

KESAN kotoran pada baju berwarna putih merupakan igauan ngeri bagi kebanyakan individu.

Selain tumpahan dan percikan makanan, baju putih juga boleh tercemar akibat terkena dakwat pen.

Menurut seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Mahidah Mahali, anda boleh menggunakan susu krimer pekat manis bagi menghilangkan kotoran itu.

Dia turut berkongsi video tutorial proses berkenaan menerusi akaun TikTok miliknya.

"Anda perlukan satu mangkuk besar dan juga susu tin. Susu krimer pekat manis ni tak perlu pakai semua, hanya sedikit sahaja.

"Masukkan susu dalam mangkuk, kemudian tambahkan air dalam mangkuk, tak perlu guna air panas, guna air paip pun boleh.

dakwat 2

Boleh ulangi proses ini jika baju sudah lama terkena dakwat.

"Kacau dan rendamkan baju anda yang terkena dakwat. Biarkan dalam sejam, gosok sedikit bahagian terkena dakwat tu dan anda akan nampak dakwat tu menghilang," ujarnya.

Selepas selesai proses itu, anda boleh mencuci semula pakaian itu menggunakan mesin basuh.

Jangan lupa letakkan sabun untuk menghilangkan bau susu pada baju.

Jika baju sudah lebih seminggu terkena dakwat, Mahidah menyarankan agar anda mengulangi proses berkenaan untuk keberkesanan yang optimum.

"Kalau kesan dakwat tu lebih daripada seminggu atau dah berbulan, saya sarankan buat tip ini berulang kali, bukan satu jam sahaja.

"Satu jam memang tak jalan. Awak kena ulang langkah ini dua ke tiga kali. Dalam video ini, kesan dakwat tu diperam lima hari. Jadi ia agak mudah tanggal," tulisnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain