suria

Designer gaun Dayang Anisha dianggap pereka fesyen paling berbakat abad ke-21! Pernah buat baju Taylor Swift, Adele

Dayang Anisha tampil menawan dalam gaun rona gading hasil sentuhan Zuhair Murad (kanan). -Gambar Instagram Zuhair Murad

BIARPUN 'Wedding of The Year' antara anakanda ke-10 Sultan Brunei iaitu Pengiran Muda 'Abdul Mateen dengan Yang Mulia Pengiran Anak Isteri Dayang Anisha Rosnah sudah hampir seminggu berlalu, namun ramai masih memperkatakan mengenai perkahwinan diraja itu sehingga kini.

Daripada adat yang unik, busana perkahwinan yang menawan sehinggalah acara yang mewah dan gah, segala-galanya menjadi bualan masyarakat yang kagum dengan adat perkahwinan diraja Brunei tersebut.

murad 2

Zuhair berkongsi lakaran gaun untuk Dayang Anisha. -Gambar Instagram Zuhair Murad

Dalam kesemua perkara tersebut, pastinya ramai bersetuju bahawa kejelitaan Dayang Anisha benar-benar memukau mata apatah lagi apabila mengenakan gaun labuh bergemerlapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Putera ‘Abdul Wakeel pula jadi tumpuan ramai... Ini 10 perkara menarik ‘Wedding of The Year’ Putera Mateen

ARTIKEL BERKAITAN: Dari UiTM ke perkahwinan diraja! Kenali siapa Teh Firdaus, kenapa Dayang Anisha mahukan fesyen sentuhannya

Jika sebelum ini mStar kongsikan pereka fesyen di sebalik busana Dayang Anisha pada Majlis Khatam Al-Quran serta Majlis Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja, kali ini jom kenali pereka fesyen di sebalik busana Majlis Persantapan Diraja pula iaitu Zuhair Murad.

Berikut merupakan trivia menarik mengenai beliau:

1) Zuhair Murad merupakan seorang pereka fesyen dari Lubnan.

2) Dilahirkan pada 15 Julai 1971 di Ras Baalbek. Kini berusia 53 tahun.

murad 5

Sentuhan magis Zuhair untuk gaun perkahwinan. -Gambar Instagram Zuhair Murad

3) Tidak lama selepas tamat persekolahan, Zuhair berpindah ke Paris, di mana beliau memperoleh ijazah dalam bidang fesyen.

4) Terkenal dengan keupayaannya mencipta gaun cantik untuk pelbagai acara sama ada perkahwinan, majlis anugerah, kostum filem dan sebagainya.

5) Zuhair adalah sosok di sebalik gaun perkahwinan ikonik yang digayakan oleh Jennifer Lopez dalam filem Marry Me pada tahun 2022.

murad 4

Gaun ikonik yang digayakan oleh Jennifer Lopez dalam filem Marry Me pada tahun 2022. -Gambar Instagram Zuhair Murad

6) Sentuhannya menjadi pilihan ramai selebriti serta VIP Hollywood seperti Adele, Taylor Swift, Carrie Underwood, Ivana Trump, Beyoncé Knowles, Shakira, Katy Perry dan Priyanka Chopra.

7) Mereka gaun yang dipakai oleh Puteri al-Taweel dari Arab Saudi yang digayakan pada majlis perkahwinan Putera William dan Kate Middleton pada 2011.

8) Zuhair berkongsi lakaran gaun untuk Dayang Anisha di laman Instagramnya. Menurutnya, gaun tersebut direka dan disesuaikan untuk menjelmakan warna gading, diserlahkan dengan sulaman halus motif flora serta diserikan dengan mutiara.

murad 3

Adele dan Taylor Swift tampak menawan dalam gaun rekaan Zuhair. -Gambar Instagram Zuhair Murad

9) Dianggap sebagai salah seorang pereka fesyen paling berbakat pada abad ke-21, juga dikenali sebagai individu belakang tabir di sebalik penampilan memukau selebriti di karpet merah.

10) Mempunyai 6.6 juta pengikut di Instagram.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain