suria

Lelaki juga perlu ‘cantik’, doktor estetik kongsi 5 trend tampil menawan tahun 2024

Lelaki juga perlu menitikberatkan penjagaan wajah seperti wanita. -Gambar hiasan/The Star

MEMASUKI tahun baru, pasti ramai yang menanam azam untuk tampil dengan versi yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Lazimnya, ramai yang berazam untuk menurunkan berat badan agar tubuh kekal sihat, cergas dan bertenaga sesuai dengan usia yang masih muda.

Pendek kata, tahun baru, impian baru dan semangat pun baru.

Tidak salah melakukan ikhtiar tertentu untuk tampil cantik asalkan masih di dalam garis panduan syarak dan mengutamakan aspek kesihatan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Umur 62 tahun kekal sihat dan jelita, Michelle Yeoh dedah 3 rahsia! Mudah je, semua orang boleh amalkan

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai merana jadi mangsa, pusat kecantikan haram masih kebal... Benarkah ada ‘pelindung’?

Doktor perubatan estetik yang juga pengasas klinik estetik, Regalion Clinic, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum tampil berkongsi mengenai lima trend kecantikan bagi tahun 2024 untuk dijadikan panduan bersama:

1) Solekan tidak tebal atau minimalis

- Kebergantungan atau kekerapan memakai solekan juga tidak elok untuk kulit wajah.

Kita perlu memberi ruang untuk kulit wajah bebas seketika daripada solekan. Sesetengah solekan yang dipakai juga berkemungkinan mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya dan memberi alahan kepada kulit.

Penting untuk berdisiplin dan konsisten dalam menjaga kulit wajah dengan betul. Apabila kulit sihat, maka ia dengan sendirinya tampak berseri dan cerah.

Secara tidak langsung, timbul keyakinan untuk berjumpa orang biarpun hanya mengenakan solekan minimal atau tanpa secalit pun solekan.

cantik 2

Doktor estetik yang juga pengasas klinik estetik, Regalion Clinic, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum.

2) Penjagaan kulit unisex atau universal

- Penjagaan kulit wajah dengan baik dan betul bukan sahaja digalakkan untuk golongan wanita malah kini golongan lelaki juga tidak terkecuali.

Mungkin sebelum ini golongan lelaki agak segan dan tidak terbuka, namun ketika ini ia bukanlah sesuatu yang asing kerana kulit merupakan organ yang penting untuk setiap manusia.

3) Glow healthy body skin

- Sebenarnya masih ramai lagi yang hanya fokus untuk menjaga kulit di bahagian wajah sahaja tanpa menghiraukan kulit badan.

Justeru tona kulit yang tidak sekata sangat jelas dapat dilihat. Perkara sebegini sering terjadi sehingga disyaki mengalami masalah kulit.

Tidak susah untuk menjaga kulit badan, anda perlu menggunakan sabun mandi yang sesuai, memakai pelembap atau serum tertentu mengikut kesesuaian kulit.

4) Cantik luaran sihat dalaman

- Semua orang ingin kelihatan cantik, kacak, segak dan kemas dengan cara masing-masing.

Namun, masih ada lagi yang memilih jalan singkat untuk mendapatkan hasil dengan cepat tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang yang boleh memudaratkan kesihatan.

Antaranya seperti prosedur pemutihan kulit yang mengandungi bahan berbahaya dan dos yang sangat tinggi untuk badan manusia sehingga boleh menyebabkan kerosakan kekal kepada buah pinggang.

Try using white tea, especially green tea. Their main asset is reducing the secretion of sebum, which, in excess, is precisely one of the causes of acne. -- Photos: 123rf.com

Penjagaan kulit tidak adalah sangat penting tanpa mengira jantina kerana ia antara organ penting setiap manusia. -Gambar hiasan/The Star

5) Rutin penjagaan kulit yang lengkap

- Rutin penjagaan lengkap perlulah terdiri daripada pembersih muka, toner, pelembap dan krim pelindung sinaran matahari.

Sebagai tambahan, rutin ini boleh disertai dengan penggunaan serum, masker dan skrub muka.

Bibir juga tidak terkecuali untuk terkena cahaya matahari, jadi jangan abaikan penjagaan bibir untuk elakkan kesan penuaan seperti bibir menjadi gelap, kering dan merekah.

Anda disarankan melakukan terapi bibir dengan rawatan laser serta menggunakan pelembap bibir yang mengandungi kandungan penting seperti vitamin C, vitamin E, shea butter, hyaluronic acid dan lain-lain lagi sebagai pelindung kulit bibir anda.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain