suria

Jangan risau kalau bajet ciput! Pereka terkenal lancar koleksi pengantin RTW 2024 pada harga mampu milik, tak kedekut sulamam manik

Pengunjung melihat rekaan Fizi Woo secara dekat.

KEBANYAKAN bakal pengantin akan all out untuk majlis perkahwinan sehingga ada yang berbelanja ratusan ribu ringgit.

Maklumlah, pernikahan sekali seumur hidup.

Bagi anda yang mempunyai bajet 'ciput' tetapi ingin tampil elegen dan manis pada hari bersejarah, bolehlah menjengah ke koleksi perkahwinan ready to wear (RTW) 2024 daripada jenama fesyen terkenal Fiziwoo.

Koleksi sedia dipakai kali ini menampilkan pelbagai rekaan menarik untuk anda.

Antara koleksi bridal RTW 2024 Fizi Woo.

Antara koleksi bridal RTW 2024 Fiziwoo.

Apa yang menarik, busana istimewa ini juga boleh digayakan untuk sebarang majlis keramaian mahupun perayaan kerana materialnya yang lembut dan bersifat timeless.

Tambahan pula sentuhan tersendiri menerusi perincian manik dan sulaman yang ringkas, menyerikan setiap rekaan.

Padanan veil yang sedondon juga menjadikan ratu sehari tampil polos sekali gus menaikkan aura seri pengantin.

Sulaman dan hiasan manik menyerikan lagi rekaan Fizi Woo.

Sulaman dan hiasan manik menyerikan lagi rekaan Fiziwoo.

Mengulas tentang koleksi terkenalnya yang menampilkan artis popular Ruhainies sebagai muse, Fiziwoo berkata alam perkahwinan adalah perkara yang suci dan pemilihan selebriti berusia 31 tahun itu adalah simbolik kerana masih belum berkahwin.

"Alam rumah tangga adalah suci, mungkin sebagai titik tolak untuk Ruhainies training menjadi suri rumah tangga.

"Sasaran kita adalah semua orang tak kira latar belakangnya dan disebabkan itu harga yang ditawarkan adalah mampu milik.

Padanan veil menyerlahkan lagi rekaan polos ini.

Padanan veil menyerlahkan lagi rekaan polos ini.

"Kualiti juga maintain supaya nampak identiti Fizi Woo. Walaupun ready to wear tapi kita berikan 100 peratus usaha untuk hasilkannya," ujarnya.

Menggunakan tagline 'yes I do', untuk koleksi kali ini, pereka berpengalaman itu berkata ia juga atas permintaan orang ramai yang mahukan baju nikah yang sedia dipakai untuk semua majlis.

Menyusuri 12 tahun pembabitannya dalam industri fesyen, Fiziwoo menyifatkan 2023 sebagai tahun yang mencabar untuknya keluar daripada zon selesa.

Dia turut mengucapkan syukur atas anugerah Womenswear Designer 2023 pada Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini.

"Ia penghargaan yang sangat besar untuk saya dan pelancaran bridal RTW 2024 adalah simbolik untuk menutup tahun ini dengan kenangan yang manis," tambahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain