suria

Kereta diekori kain putih terbang, 3 sahabat serik memandu ke Kelantan waktu malam

Perjalanan pada waktu malam lebih mencabar kerana penglihatan pemandu agak terbatas. -Gambar hiasan

UMAT Islam di Malaysia dijangka mula berpuasa pada pertengahan Mac.

Sebelum Ramadan menjelma, Ayie bersama dua sahabatnya merancang percutian tiga hari dua malam untuk meneroka Kelantan yang terkenal sebagai syurga makanan.

Pada 25 Februari, Ayie, Mirul dan Faris memulakan perjalanan dari Shah Alam, Selangor ke Kelantan sekitar pukul 9 malam.

Trafik pada malam itu begitu lancar, malah kereta Perodua Ativa dinaiki mereka mula menghampiri kawasan Gua Musang kira-kira pukul 1 pagi.

Ayie yang bertindak sebagai pemandu menurunkan tingkap kereta untuk menghisap rokok bagi menghilangkan rasa mengantuk.

One week has passed since the campaigning period begins for the state elections and it looks like Kelantan will remain a “green” state.

Ramai pelancong datang ke Kelantan untuk merasai pelbagai menu menarik di negeri itu. -Gambar hiasan

Mirul dan Faris pula lena berdengkur di celah-celah kesunyian malam sambil ditemani lagu yang diputarkan di corong radio kereta itu.

Tiba-tiba, Ayie menjerit kuat sebelum dia menekan brek kereta secara mengejut, menyebabkan Mirul dan Faris turut terjaga dari tidur.

"Kenapa weh, kau ada terlanggar haiwan ke?" soal Mirul cemas.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik kaku, mata tak berkelip selepas disakat abang... Bapa naik angin terpaksa cerita rahsia pokok pisang depan rumah

Ayie yang kelihatan berdebar ketika itu memberitahu dia melihat sehelai kain putih terbang mengiringi kereta dinaiki mereka.

Disebabkan Ayie masih ketakutan, dia disuruh berehat dan Faris memandu kereta untuk meneruskan pemanduan.

Ketika itu, Ayie dan Mirul juga tidak dapat tidur, sebaliknya mereka cuba berborak-borak dengan Faris yang sedang memandu untuk menghilangkan rasa takut.

Dalam 10 minit kemudian, mereka bertiga menyedari kain putih misteri itu muncul sekali lagi.

The Ipoh-Lumut Road is dark and the street light are dim causing dangerous for vehichles in using the route.

Selain risiko keselamatan, pemanduan pada waktu malam sering dikaitkan dengan kejadian misteri yang menakutkan. -Gambar hiasan

Ia dilihat terbang mengekori kereta ketika mereka melalui kawasan berbukit di jajahan Gua Musang.

Mirul terus membuka alunan ayat suci al-Quran melalui telefon manakala Faris cuba memberanikan diri meneruskan pemanduan seperti biasa.

Beberapa minit kemudian, kelibat kain putih itu terus hilang, sekali gus memberi kelegaan buat mereka bertiga.

Meskipun kejadian itu dianggap menakutkan, program tiga hari mereka untuk mencari makanan-makanan viral di Kelantan diteruskan seperti biasa.

"Seronok makan kat sini, banyak pilihan, harga pun berpatutan. Tapi kalau ingat balik perjalanan malam tu, serik nak datang lagi lain kali," ujar Ayie sebelum disambut ketawa kecil dua rakannya.

"Cuak kita malam tu. Esok nak balik Shah Alam, kita bergerak waktu pagi sajalah. InsyaAllah selamat dan tak ada gangguan," cadang Mirul pula.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain