suria

Kereta terpakai murah ada ‘sejarah’, baru guna sebulan banyak benda aneh berlaku! Kemuncak makhluk muka hancur ‘tumpang’

Gangguan makhluk halus ketika memandu boleh menyebabkan pemandu hilang kawalan. -Gambar hiasan

HAMPIR enam bulan mengumpul wang, Zali akhirnya berjaya membeli sebuah kereta terpakai untuk diberikan kepada isterinya.

Sejak adanya kereta itu, Zali yang bekerja sebagai pembantu jualan tidak lagi perlu menghantar dan menjemput anak-anaknya di sekolah.

Tugas itu diserahkan 100 peratus kepada Syuhada, malah kereta Proton Wira itu juga boleh digunakan isterinya untuk keluar ke pasar atau berjalan-jalan.

Selepas sebulan dibeli, Syuhada mula mengadu kepada suaminya tentang beberapa kejadian pelik melibatkan kereta itu.

Menurut Syuhada, dia sentiasa terasa diperhatikan, tambah-tambah lagi ketika memandu sendirian namun Zali hanya ketawa kecil dan menganggap ia mainan perasaan sahaja.

ST, Home, pg 0, 28 Apr 2003Published in ColourAbout 200 second hand cars are kept in holding area  in Forward  Motor, Jalan  Lam Huat off Kranji  Road before being exported. With weak demand for second-hand cars here, sellers cope by exporting cars overseas where they can get better deals.

Banyak kereta terpakai dijual pada harga murah. -Gambar hiasan

Namun pada suatu hari, berlaku satu kejadian menakutkan sehingga menyebabkan isterinya hampir kehilangan nyawa.

Dalam kejadian itu, Syuhada keluar bersendirian kira-kira pukul 9 malam untuk ke rumah ibunya yang terletak di kampung bersebelahan.

Sejurus keluar dari simpang rumahnya, Syuhada merasakan kereta yang dipandunya itu sangat berat, malah ia tidak bergerak laju meskipun dia menekan pedal minyak sehingga rapat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tukang towing menyesal tengok mayat rentung, sekeluarga kena badi! Tragedi kereta hangus di Jeli terus jadi misteri

Syuhada mula tidak sedap hati, namun dia meneruskan pemanduan seperti biasa sambil mulutnya terkumat-kamit membaca ayat Qursi.

Sampai sahaja di kawasan pokok buluh di hujung kampungnya, Syuhada terkejut melihat kelibat makhluk misteri yang duduk di kerusi penumpang belakang.

Lebih mengerikan, muka makhluk itu kelihatan hancur dengan bau busuk seperti baru sahaja terlibat kemalangan ngeri.

Akibat terkejut, Syuhada nyaris terbabas masuk ke dalam parit besar namun dia berjaya menekan brek dan mengawal stereng keretanya.

Abandoned car outside KPJ Damansara. Azlina Abdullah/ The Star

Lakukan pemeriksaan terperinci sebelum anda membeli kereta terpakai. -Gambar hiasan

Kebetulan ketika itu, seorang pemuda yang menunggang motosikal melalui kawasan berkenaan lantas Syuhada terus berlari meminta tolong sebelum dia dihantar pulang ke rumahnya.

Dipendekkan cerita, Zali membawa Syuhada bertemu seorang ustaz pada malam itu juga kerana isterinya tidak berhenti-henti menangis dan meracau.

Menurut ustaz itu, makhluk berkenaan mungkin mempunyai kaitan dengan 'sejarah' kereta berkenaan.

Beberapa hari selepas itu, barulah Zali mendapat tahu cerita sebenar daripada pemilik asal kereta tersebut.

Rupa-rupanya, anak buah kepada pemilik asal kereta itu maut selepas terbabit kemalangan ketika menaiki kenderaan sama.

Kereta itu dibaiki semula bagi untuk kegunaan keluarga selepas rosak teruk dalam kemalangan itu.

Bagaimanapun, keluarga mereka turut berdepan gangguan, menyebabkan pemilik asal mengambil keputusan untuk menjualnya dengan harga serendah RM3,000 sahaja.

Zali kesal selepas mendapat tahu hal sebenar, malah dia juga kini sedang mencari pembeli baharu untuk memiliki kereta berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain