suria

Tentukan warna dinding paling sesuai dengan personaliti keluarga anda, jawab saja kuiz mudah ini!

Kenali personaliti keluarga dan warna yang sesuai untuk kediaman anda! - Foto Nippon Paint

SEPERTI juga individu, setiap keluarga juga mempunyai personaliti tersendiri yang unik berbanding keluarga lain.

Personaliti itulah yang akan mencorakkan peribadi setiap anggota keluarga dalam menjalani kehidupan seharian.

Tahukah anda bahawa warna dinding dan dekorasi dalaman rumah juga sebenarnya menyimpan rahsia personaliti keluarga anda?

Jenama pengeluar cat ternama di Asia, Nippon Paint menyediakan kuiz ringkas dan menyeronokkan untuk membantu anda mengenali perwatakan keluarga.

Syaratnya mudah! Anda haruslah menjawab kuiz ini secara spontan dan pilih satu jawapan sahaja bagi setiap soalan.

1. Warna mana yang paling digemari ahli-ahli keluarga anda?

2. Bila hujung minggu tiba, apakah aktiviti yang anda suka lakukan bersama keluarga?

a. Main permainan papan
b. Jalan-jalan kat IKEA
c. Pergi tengok konsert
d. Buat makan-makan
e. Belajar kraftangan
f. Cuci mata di KLCC
g. Bergotong-royong bersama jiran tetangga
h. Makan angin di pusat membeli-belah
i. Tengok wayang sambil makan bertih jagung

3. Bila bergaduh, apa yang anda dan keluarga anda suka buat?

a. Gaduh? Apa tuh?
b. Kami akan duduk berbincang
c. Masuk bilik masing-masing
d. Lepaskan semua. Biar meletup! Tapi lepas tu sayang balik
e. Buat muka masam sampai ada yang beralah
f. Tiada ruang nak gaduh. Abah atau mama akan buat keputusan
g. Terus minta maaf cepat-cepat
h. Tenangkan diri di luar rumah
i. Gaduh-gaduh sampai ada yang menangis lepas tu minta maaf

4. Masa yang terbaik untuk jumpa si jantung hati?

a. Makan malam bersama keluarga
b. Jumpa di kolej/universiti/tempat kerja
c. Masa tonton gig
d. Ketika kenduri atau majlis perjumpaan
e. Mungkin di kelas seni atau di sekolah
f. Syok panjat gunung atau merentas desa
g. Sama-sama buat kerja amal
h. Datang ibarat putera raja dengan kuda gagah
i. Pergi tengok wayang bersama-sama sambil makan bertih jagung

5. Apakah rumah kediaman idaman anda?

a. Rekaan ala-ala Maghribi dan ada unsur padang pasir
b. Inspirasi kota New York yang minimalis dan industrialis
c. Mesti yang sejuk-sejuk dan damai
d. Tak kisah… Asalkan besar, mega!
e. Seperti di Bali dengan kayu ukiran
f. Dalam hutan menghijau, kalau ada rumah atas pokok lagi bagus
g. Rumah yang setingkat dan senang dijaga
h. Lagi tinggi kondominium itu lagi bagus. Mesti ada rumah kelab
i. Rumah ala-ala country. Mungkin ada ladang kuda.

6. Apakah makanan kegemaran keluarga anda?

a. Suka sayur-sayuran hijau. Mentah atau dimasak
b. Rendang. Bergulai atau berlemak
c. Makanan Jepun. Sihat tapi penyediaan teliti
d. Makanan segera. Semuanya perlu pantas
e. Hasil daripada laut. Dibakar, digoreng dan begitu saja
f. Kari. Pekat atau cair tapi kena kaw-kaw
g. Pencuci mulut. Yang manis-manis belaka
h. Minum petang. Teh, kek dan pastri
i. Hidangan ala Cina. Syok makan dengan chopstik

7.Corak fabrik jenis mana yang mencuit hati anda?

Adakah anda pasti dengan semua jawapan yang dipilih? Jika ya, mari kita lihat apakah warna dan personaliti sebenar keluarga anda.

Kebanyakan Jawapan A: Angin kasih


Keluarga anda mudah tersentuh melihat kesusahan orang lain. Bukan emo atau suka berdrama tapi perasaan empati anda cukup kuat.

Sentiasa sedia membantu kerana bagi anda, kasih sayang perlu dikongsi bersama. Sifat anda ini sesuai dengan warna BIRU LANGIT yang membuatkan anda rasa masih ada harapan dan semangat positif.

Jika dinding utama ruang dicat dengan warna ini, ia membangkitkan suasana elegan yang kasual dan sesuai untuk ekspresi diri.

Kebanyakan Jawapan B: Klasik chic


Keluarga anda penuh dengan cita rasa moden tanpa mengabaikan ketenangan. Keluarga anda tidak sukakan suasana hingar-bingar atau huru-hara.

Sentiasa membawa harapan baru agar ada kedamaian dan kesihatan sempurna. Warna KELABU sesuai kerana ia buat ruang hiasan dalaman keluarga ini tampak yakin dan indah.

Warna ini memberikan mereka suatu tarikan elegan serta suasana klasik dan segar sentiasa tanpa perlu risau apa yang sedang trendy.

Kebanyakan Jawapan C: Rasa-rasa sayang


Keluarga ini sukakan alunan melodi alam yang menenangkan jiwa. Muzik daripada alam adalah halwa telinga mereka. 

Mungkin ada antara ahli keluarga yang boleh bermain alat muzik. Keluarga ini mengambil inspirasi daripada alam untuk hiasan dalaman mereka. 

Warna HIJAU dengan ilham daripada alam member suasana selamat untuk berehat dan tidak memikirkan mengenai teknologi.

Kebanyakan Jawapan D: Sekepala gila-gila


Keluarga anda kalau buat lawak memang sampai tergolek-golek. Bila sahabat atau saudara-mara anda lepak bersama memang mereka tak kering gusi. 

Keluarga anda suka ajak orang datang ke rumah untuk makan-makan sebab itulah warna KUNING EMAS sesuai. 

Ia membuatkan ruangan anda penuh tenaga dan hidup. Ia memberikan ilham serba spontan, unik dan sesuai untuk keluarga yang suka bersosial.

Kebanyakan Jawapan E: Kemas perfecto


Kredit gambar: Haute Design London

Rias dalaman keluarga anda sentiasa kemas dan takkan jumpa yang selekeh. Semuanya cantik, teratur dan sedap mata memandang. 

Keluarga anda memang suka mengemas dan menghias. Warna MERAH MAWAR memberikan anda ruang yang lembut dan sensual. 

Warna ini membuatkan anda tampak lembut di luar tapi dalam gagah perkasa. Bila dinding utama dicat dengan warna ini, ia membuatkan anda bersemangat dengan kuasa merah yang digabung dengan putih.

Kebanyakan Jawapan F: Riang-riang ria


Kita jarang dapat melihat keluarga ini dalam keadaan murung atau dukacita. Sentiasa senyum walau hati sedang gundah-gulana. 

Apa jua yang mendatang, keluarga ini hadapi dengan minda positif dan senyuman di bibir. Warna OREN APRIKOT yang penuh meriah ibarat mentari membawa sinar optimis dalam hiasan dalaman. 

Ia menukar ruangan suram di rumah menjadi bercahaya dan membangkit rasa.

Kebanyakan Jawapan G: Harmoni sentiasa


Kredit gambar: Dominic Blackmore

Keluarga ni satu suara, satu hati. Buat semua benda pun sama-sama. Sentiasa mencari keseimbangan antara duniawi dan ukhrawi.

Warna BIRU FIRUS sesuai dengan keluarga ini kerana ia membawa kedamaian yang santai dalam hiasan dalaman. 

Tapi bila mereka perlukan sesuatu yang menarik perhatian, tentulah dinding utama yang menonjol buat keluarga ini rasa dekat dengan lautan dan langit.

Kebanyakan Jawapan H: Lama itu bergaya


Keluarga anda percaya tiada yang lama, tiada yang baru. Campur-campur elemen dahulu dan sekarang boleh mencipta sesuatu yang baharu.

Masa hujung minggu anda sekeluarga suka habiskan mencari barang atau inspirasi di pasar karat. Warna yang sesuai untuk anda adalah TEMBAGA dengan tona warna elegan dan sofistikated.

Tona ini amat sesuai mencipta ruang yang praktikal tapi juga realistik. Ia memancarkan pesona warna-warna daripada bumi yang akan membuatkan rumah anda berasa selamat.

Kebanyakan Jawapan I: Pengikat kasih


Keluarga anda sentiasa mengimbau kenangan silam. Bukan kerana nak bersedih-sedih tapi ada sesuatu yang kita boleh pelajari dari masa silam.

Bagi anda sekeluarga, yang penting adalah masa sekarang. Tonton wayang bersama, gelak tawa dan gaduh manja mengikat kasih anda sekeluarga.

Warna MERAH JAMBU sesuai melatari dinding rumah anda dengan tona yang menggambarkan pencarian erti keindahan yang sebenar.

Ia membawa sentuhan moden yang lembut ibarat bunga mawar. Anda seolah-olah boleh merasa keharuman mawar di sekitar ruang.

Artikel Lain