suria

Jangan sampai pokai kerana terlebih bajet beri duit raya... Ini 5 tip elak poket kering sebelum dapat gaji bulan depan

Setiap kali hari raya kanak-kanak pasti akan menantikan duit raya daripada keluarga.

ANTARA persediaan yang dilakukan setiap kali tibanya Aidilfitri adalah menyediakan duit raya untuk diberikan bukan sahaja kepada anak-anak dan kaum keluarga malah kepada anak jiran yang bertandang.

Tapi ia juga boleh jadi perkara memeningkan kepala kerana budak-budak zaman Instagram dan beyblade ni pasti akan menjeling kalau tuan rumah hanya beri RM2!

Sebenarnya pemberian duit raya ini bukanlah satu kemestian tetapi ia telah menjadi budaya dalam masyarakat kita.

Tak salah kita niatkan ia sebagai sedekah bersempena Aidilfitri namun perancangan juga harus dibuat agar tidak membebankan.

1. Bajet


Tentukan bajet mengikut kemampuan.

Paling utama dalam hal berkaitan duit raya ini adalah menentukan bajet mengikut kemampuan kerana harus diingat Aidilfitri tahun ini disambut pada awal bulan dan pastinya anda memerlukan wang mencukupi sebelum gaji seterusnya.

Pilih jalan selamat dengan membuat bajet yang tidak membebankan dan bukannya kerana ingin bermegah-megah tentang siapa beri lebih banyak wang dan sebaliknya.

Insya-Allah niat yang ikhlas bersedekah akan diberikan ganjaran lebih besar daripada Allah walaupun sekadar RM1.

2. Pilih sampul berbeza


Sampul duit raya berbeza untuk mengasingkan nilai wang yang ingin diberikan.

Bagi mengelakkan kekeliruan apa kata gunakan sampul duit raya daripada sampul warna berbeza seperti contoh RM5 dalam sampul berwarna hijau dan RM2 dan sampul biru.

3. Buat senarai penerima duit raya

Senarai penerima duit raya sebenarnya adalah langkah paling bijak dalam memastikan tidak berlaku sebarang pembaziran sehingga bajet berlebihan.

Mulakan dengan orang terdekat seperti anak-anak, anak buah dan ibu bapa (sekiranya masih ada).

4. Buat kuiz


Aktiviti seperti mengadakan kuiz boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Sebagai memeriahkan suasana Aidilfitri apa kata adakan kuiz dengan kanak-kanak kampung yang bertandang ke rumah sebelum memberikan duit raya.

Sekiranya ada yang menjawab soalan dengan betul, hadiahkan sampul yang mempunyai nilai istimewa dan percayalah ia akan menjadi kenangan manis dan memori sehingga mereka dewasa.

5. Beri hadiah bukan wang

Memandangkan beyblade sedang popular dalam kalangan kanak-kanak masa kini, apa kata beli permainan gasing moden itu sebagai pengganti duit raya.

Aidilfitri, Duit Raya

Artikel Lain