Telegram beri amaran Whatsapp tak selamat! - I-suke | mStar

Telegram beri amaran Whatsapp tak selamat!

Pengasas Telegram memberitahu Whatsapp tidak selamat selain sistem keselamatannya tidak efisien.

APLIKASI mesej Telegram memberi amaran, Whatsapp akan berada dalam pengawasan apabila platform milik Facebook itu terpaksa memberitahu pengguna telefon mereka mungkin diserang virus spyware.

Pavel Durov yang juga pengasas Telegram berkata demikian selepas memuat naik artikel bertajuk 'Mengapa Whatsapp tidak akan selamat' menerusi blog miliknya Rabu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu 'unfollow' kalau tak suka akaun Instagram rakan, tekan sahaja butang 'mute'

Pavel mencipta Telegram sebagai menawarkan perkhidmatan mesej dan komunikasi yang selamat dan tidak terdedah kepada sebarang penyebaran maklumat sulit.

Ini bukan kali pertama Telegram mencetuskan kontroversi, malah kerajaan Rusia telah menyekat penggunaan aplikasi itu di negara tersebut.

Katanya, kecacatan yang terdapat pada Whatsapp boleh menyebabkan suntikan Malware dengan mudah digunakan untuk mengintip wartawan, orang kenamaan, aktiviti dan lain-lain.

Whatsapp antara aplikasi sembang popular di dunia.

"Setiap kali Whatsapp perlu memperbaiki kelemahan dalam aplikasinya, pasti akan ada masalah lain," katanya.

Pavel turut mencadangkan agar FBI memaksa Whatsapp atau Facebook untuk memasukkan backdoors atau kaedah rahsia untuk memintas sistem keselamatan dalam pengaturcaraan mereka.

"Untuk menjadi perkhidmatan yang berorientasikan privasi sepenuhnya mereka harus mengambil risiko untuk kehilangan pasaran," tulisnya.

Telegram mempunyai 200 juta pengguna, tujuh peratus daripadanya di Rusia, selain memperoleh tiga juta pengguna baharu dalam tempoh 24 jam ketika Facebook, Instagram dan Whatsapp mengalami masalah baru-baru ini.

Tahun lalu, pihak berkuasa Rusia mengarahkan perkhidmatan internet domestik untuk menyekat Telegram selepas ia engga mendedahkan akses kepada mesej pelanggan. - The Star

Telegram , Whatsapp

Artikel Lain