BAU tumisan selepas memasak memang boleh 'melekat' pada fabrik dalam rumah lebih-lebih lagi jika tiada sistem pengudaraan yang baik.Seorang wanita dikenali sebagai Sharifah Nursakinah ada berkongsi di media sosial tip mudah yang diamalkan setiap kali selepas memasak bagi menghilangkan bau masakan. Berikut lima langkah mudah boleh ada cuba menggunakan bahan di dalam dapur.1. Sediakan bahan-bahan semula jadiAntara bahan yang digunakan seperti lemon, rosemary (boleh guna yang kering), cengkih dan kayu manis.2. Rebus bahan guna api besarRebus semua bahan selama 10 hingga 15 minit menggunakan api besar supaya wap aromanya naik dan memenuhi ruang rumah.3. Biarkan sejuk semalamanSelepas merebus, tutup api dan biarkan air rebusan itu sejuk semalaman untuk hasil lebih kuat dan berkesan.4, Tapis dan simpan dalam botol penyembur.Pastikan anda tapis dulu airnya sebelum dimasukkan ke dalam botol penyembur.5. Sembur seluruh rumahGunakan air rebusan ini sebagai semburan di setiap ruang rumah untuk menghilangkan bau masakan yang melekat.Tip ini sesuai diamalkan oleh mereka yang tinggal di rumah tanpa sistem penyedut asap dapur atau kitchen hood.