TULAR di media sosial sebuah video memaparkan seorang individu yang dipercayai tidak tahu atau mungkin tersilap sebut nama Menteri Besar Terengganu ketika menyertai Himpunan Turun Anwar anjuran parti pembangkang pada Sabtu lalu.Nampak macam perkara remeh, tapi insiden itu mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan netizen yang rata-rata baru sedar bahawa masih ramai rakyat keliru atau tidak tahu siapakah individu yang mentadbir negeri masing-masing. Bagi yang masih tercari-cari atau ingin semak semula, berikut senarai Menteri Besar dan Ketua Menteri di seluruh Malaysia bagi tahun 2025 mengikut penggal atau jawatan baharu.Semenanjung Malaysia1. Menteri Besar Perlis (Mohd Shukri Ramli)Parti: PASMula berkhidmat: November 20222. MB Kedah (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor)Parti: PASMula berkhidmat: Ogos 20233. Ketua Menteri Pulau Pinang (Chow Kon Yeow)Parti: DAPMula berkhidmat: Ogos 20234. Menteri Besar Perak (Datuk Seri Saarani Mohamad)Parti: Barisan NasionalMula berkhidmat: November 20225. Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Amirudin Shari)Parti: PKRMula berkhidmat: Ogos 20236. Menteri Besar Negeri Sembilan (Datuk Seri Aminuddin Harun)Parti: PKRMula berkhidmat: Ogos 20237. Ketua Menteri Melaka (Datuk Seri Ab Rauf Yusoh)Parti: Barisan NasionalMula berkhidmat: Mac 20238. Menteri Besar Johor (Datuk Onn Hafiz Ghazi)Parti: Barisan NasionalMula berkhidmat: Mac 20229. Menteri Besar Pahang (Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail)Parti: Barisan NasionalMula berkhidmat: November 202210. Menteri Besar Terengganu (Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar)Parti: PASMula berkhidmat: Ogos 202311. Menteri Besar Kelantan (Datuk Mohd Nassuruddin Daud)Parti: PASMula berkhidmat: Ogos 2023Sabah dan Sarawak12. Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Hajiji Noor)Parti: GRS (Gabungan Rakyat Sabah)Mula berkhidmat: September 202013. Premier Sarawak (Tan Sri Abang Johari Tun Openg)Parti: PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu)Mula berkhidmat: Mac 2022Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan)Ditadbir terus oleh Kerajaan Persekutuan dan tiada jawatan Menteri Besar atau Ketua Menteri.Mengenali pemimpin negeri bukan semata-mata sebab politik, tapi juga penting untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab mengurus dasar, ekonomi, bencana dan kebajikan rakyat.