PERNAHKAH anda berdepan kesukaran menghilangkan kotoran degil yang melekat pada pakaian?Walaupun bermacam-macam cara digunakan, kotoran itu tetap tidak boleh tanggal sehingga ada yang mengambil keputusan untuk membuangnya. Sebenarnya setiap jenis kotoran yang terkena pada pakaian boleh dihilangkan dengan mudah asalkan kita menggunakan teknik dan bahan mencuci yang betul.Kali ini mStar kongsikan beberapa tip yang boleh digunakan untuk menghilangkan pelbagai jenis kotoran pada fabrik:1. Mentega atau MinyakJika dua bahan ini terkena pada pakaian, serap lebihan minyak menggunakan tisu keras. Kemudian taburkan serbuk penaik atau tepung jagung dan biarkan seketika.Selepas itu gosok dengan sabun pencuci pinggan dan seterusnya basuh dengan air suam sehingga kesan minyak tanggal sepenuhnya.2. CoklatBuang lebihan coklat pada kain lalu rendam ia dalam air sejuk.Selepas itu, sapukan cecair pencuci atau penghilang kotoran dan basuh dengan air suam.3. KopiSekiranya kopi tertumpah pada baju, rendam dan bilas ia dengan air sejuk dahulu.Kemudian, sapukan cecair pencuci dan gosok perlahan-lahan lalu basuh dengan air suam.Hasil lebih baik jika menggunakan cuka pada bahagian terkena tumpahan kopi.Tidak semua baju yang mempunyai kesan kotoran boleh dicuci seperti biasa.4. SolekanTekap baju yang mempunyai kesan solekan dengan sabun pencuci pinggan atau micellar water.Seterusnya, gosok ia perlahan-lahan dan basuh dengan air sejuk.5. Dakwat atau kesan pen markerAmbil sedikit susu dan tuangkan ke atas kesan dakwat, kemudian biarkan ia selama 30 minit dan cuci dengan sabun seperti biasa dan bilas.Cara kedua pula, letakkan alkohol atau pembersih tangan pada kesan kotoran kemudian bilas dan basuh dengan air sejuk.6. DarahBasahkan bahagian yang terkena darah dan taburkan dengan sedikit garam, lalu gosokkan bahagian tersebut sehingga kesan darah mula tanggal.Ulangi langkah ini beberapa kali dan seterusnya cuci seperti biasa menggunakan sabun pencuci.7. Tanah atau lumpurKeringkan dahulu kesan tanah atau lumpur untuk mudah ditanggalkan.Kemudian gosok menggunakan alkohol atau cuka putih diikuti bahan pencuci.Seterusnya basuh dengan air suam.8. CatRendamkan pakaian yang terkena cat dengan minyak tanah terlebih dahulu selama beberapa jam, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.