suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Makanan di bazar mahal? Usah hanya merungut di media sosial, peguam kongsi cara ‘ajar’ peniaga cekik darah

Bazar Ramadan menjadi pilihan orang ramai untuk membeli juadah berbuka.

DALAM kesibukan berkerja, rata-rata umat Islam menjadikan bazar Ramadan sebagai pilihan untuk membeli juadah berbuka puasa kerana lebih mudah dan menjimatkan masa.

Namun tidak dinafikan membeli makanan di bazar sebenarnya memakan kos yang tinggi lebih-lebih lagi buat keluarga besar.

Mana tidaknya, ada segelintir peniaga meletakkan harga yang terlalu mahal dan tidak masuk akal sehingga membuatkan pelanggan berfikir dua kali sebelum membeli.

Bahkan, ada juga yang masih berdegil tidak mahu memaparkan harga sebenar semata-mata mahu memperdaya pelanggan untuk membeli jualannya.

Pelanggan berhak membuat aduan sekiranya peniaga melakukan kesalahan sedemikian.

Menurut peguambela Ghandi Palani, perbuatan sedemikian merupakan satu kesalahan dan pelanggan berhak melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk diambil tindakan.

“Kalau anda rasa makanan yang dibeli terlalu mahal dan tidak berpatutan dengan apa yang anda dapat, aduan boleh dibuat kepada KPDN untuk menjalankan siasatan lanjut dan mengambil tindakan,” katanya menerusi perkongsian di TikTok.

Manakala peniaga yang tidak meletakkan harga makanan yang dijual pula boleh didedanda dan dipenjara jika sabit kesalahan.

“Peniaga wajib letakkan tanda harga... jika tidak mereka boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM50,000 atau penjara sehingga dua tahun,” ujarnya.

Artikel Lain