suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rupanya ini pantang larang simpan ’stock’ bawang dan kentang di rumah... Kena pisahkan, tak boleh letak dekat-dekat

Kentang dan bawang merupakan antara bahan masakan yang sentiasa ada di rumah.

PERNAHKAH anda terfikir mengapa bawang dan kentang yang disimpan di dapur rumah lebih cepat busuk berbanding di pasar raya.

Jawapannya mudah sahaja, kedua-dua sayuran ini sebenarnya tidak boleh disimpan bersama kerana mempunyai sifat yang berbeza.

Menurut seorang usahawan produk jamu herba dikenali sebagai Jehan Noor, bawang mengeluarkan gas etilena iaitu gas tidak berwarna dengan bau manis yang membuatkan kentang cepat bercambah (bertunas).

Manakala sifat kentang yang cepat ‘berpeluh’ pula menyebabkan bawang menjadi lembik dan berair sehingga tidak sesuai lagi untuk dimasak.

Bawang dan kentang perlu diletakkan berjauhan. -FOTO Jehan Noor

Justeru penting untuk memisahkan tempat penyimpanan kedua-dua bahan ini bagi memastikan ia tahan lama dan selamat dimakan.

“Dua bahan ini tidak serasi, apabila bertemu akan cepat 'panas' dan menjadikan ia tidak tahan lama, terus cepat rosak,” katanya menerusi satu perkongsian di laman Facebook.

Berikut adalah tip dan cara penyimpanan bawang dan kentang yang betul:

1. Simpan kentang dalam beg kertas dan letakkan di tempat yang sejuk dan gelap.

2. Bawang perlu diletakkan di tempat kering dan mempunyai pengudaraan yang baik.

3. Jangan campurkan sayur yang mengeluarkan gas etilena dan sayur yang sensitif sekali.

Artikel Lain