suria

Cara mudah kira kalori makanan bagi yang sedang diet, guna teknik 'Eye Ball' je!

Terdapat kaedah atau cara pengiraan kalori yang mudah. -Gambar hiasan

SIAPA kata susah nak jaga kalori bila makan di luar?

Sebenarnya, dengan sedikit ilmu dan teknik mudah anda yang sedang diet boleh nikmati makanan kegemaran tanpa rasa bersalah!

Tak perlu bawa penimbang makanan atau risau setiap kali melakukan suapan.

Cukup dengan beberapa 'trik' ringkas, anda sudah boleh anggarkan jumlah kalori dengan tepat.

Terdapat cara paling senang mahu mengira kalori seperti mana diajarkan seorang jurulatih kecergasan, Zulfadhli Arman.

1. Teknik ‘Eye Ball

Tak semua restoran ada informasi mengenai kandungan kalori, jadi cara paling mudah ialah guna anggaran saiz tangan:

Tapak tangan = saiz protein (ayam, ikan dan daging)

Penumbuk = saiz karbohidrat (nasi, mi dan roti)

Ibu jari = lemak (mentega, minyak dan kekacang)

Teknik ini sangat mudah dan membantu untuk kawal jumlah makanan dalam satu hidangan.

Makanan di gerai makan kebanyakannya bergoreng dan tinggi kalori. -Gambar hiasan

2. Gunakan aplikasi telefon pintar

Gunakan aplikasi seperti MyFitnessPal atau HealthifyMe untuk anggar kalori makanan.

Cuma masukkan jenis makanan dan saiz hidangan, contoh:

Ayam bakar (100gram) = 165 kcal (ukuran unit)

Nasi putih (1 cawan) = 200 kcal

Sayur (1 cawan) = 50 kcal

3. Pilih pilihan lebih sihat dan bijak seperti:

Panggang berbanding goreng

Sup berbanding bersantan

Air kosong berbanding minuman manis

Elakkan makanan tinggi minyak dan bersantan

Dengan pertukaran mudah ni, anda boleh 'jimat' ratusan kalori tanpa sedar setiap kali menjamu selera.

A low-fat diet free from red meat could help decrease the presence of the enzyme ACLY that drives age-related inflammation. — CATS COMING/Pexels

Pilih makanan dari sumber lebih sihat untuk menurunkan berat badan. -Gambar hiasan

4. Hati-hati dengan sos dan kuah

Kadang-kadang makanan nampak sihat tapi bila ditambah sos dan kuah, kalori terus mencanak naik, contoh:

Salad yang ditambah mayonis

Ayam grill yang digabungkan dengan kicap manis

Pesan kuah atau sos asing supaya anda boleh kawal kuantiti yang diambil.

5. Makan perlahan dan perhatikan 'signal' kenyang

Kajian menunjukkan bahawa makan perlahan membantu elak makan berlebihan sebab otak perlukan 20 minit untuk rasa kenyang.

Tak perlu paksa diri habiskan pinggan kalau dah cukup kerana anda perlu dengar isyarat badan sendiri.

6. Jangan stres mengira kalori

Tak perlu kira kalori dengan tepat 100 peratus setiap masa. Yang penting adalah konsisten, bukan kesempurnaan.

Selagi faham 'portion' dan buat pilihan lebih baik, itu sudah cukup untuk bantu progres fitness anda!

Jadi, mengawal pengambilan kalori ketika makan di luar bukanlah sesuatu yang mustahil.

Artikel Lain