suria

Jangan biar air ‘shower’ menitis lama-lama, risau bil melambung! Ini cara tukar sendiri pili rosak, senang je

Masalah air menitis biasa berlaku dalam rumah.

AIR menitis daripada shower head (kepala pancuran air) walaupun pili sudah ditutup rapat sememangnya boleh mendatangkan masalah.

Bukan sahaja menyebabkan pembaziran air, tetapi juga boleh meningkatkan bil air bulanan.

Jika mengalami masalah ini, anda boleh menukarnya sendiri dengan mudah tanpa perlu memanggil tukang paip.

Seorang pengguna Facebook, Salleh Tumari berkongsi langkah-langkah menukar stop cork (pili penutup) shower yang rosak.

Menurutnya, jika air masih mengalir keluar selepas menutup stop cork, ia mungkin berpunca daripada kerosakan pada komponen dalaman yang perlu diganti.

Cara-cara untuk menggantikan paip itu dikongsikan di Facebook.

Berikut adalah cara-cara untuk menggantikannya sendiri:

Langkah-langkah menukar stop cork shower

1. Cabut kepala pili penutup – Gunakan locking pliers dan adjustable wrench spanner untuk mencabut kepala pili penutup yang lama.

2. Buat ruang lubang di sekeliling pili penutup- Gunakan drill untuk membuat lubang kecil di sekelilingnya agar mudah ditanggalkan.

3. Korek simen dalam mozek– Gunakan besi dan tukul untuk mengorek simen yang terdapat di sekitar pili penutup bagi memberi ruang mencukupi supaya boleh mencabutnya.

4. Grip stopcork dengan locking pliers – Apabila ruang sudah mencukupi, gunakan locking pliers untuk mencengkam pili penutup dengan lebih baik.

5. Putar pili penutup mengikut arah lawan jam– Buka pili penutup yang lama dengan memutarnya lawan arah jam sehingga ia tertanggal sepenuhnya.

6. Gantikan dengan pili penutup baharu – Pastikan anda mendapatkan pili penutup baharu yang sesuai dan boleh dipasang dengan mudah menggunakan pembuka plug moto.

7. Pasang pili penutup baharu – Ikat pili penutup yang baharu dengan memutarnya mengikut arah jam sehingga ketat dan kemas.

8. Tutup lubang dengan white cement (simen putih) – Setelah selesai pemasangan, tutup kembali ruang lubang yang dibuat tadi menggunakan simen putih agar kemas dan kukuh.

Artikel Lain