suria

Elak canang bila balik kampung, risau ada yang memerhati! Ini 8 perkara penting perlu dibuat sebelum tinggalkan rumah

Pastikan rumah dalam keadaan baik sebelum pulang ke kampung halaman.

RAMAI yang sudah mula merancang perjalanan untuk pulang beraya di kampung halaman masing-masing.

Dalam pada keterujaan untuk balik bercuti dengan tempoh lama, banyak perkara yang perlu diuruskan.

Namun ada kalanya kita terlepas pandang tentang sesuatu perkara kerana dianggap remeh.

Walau bagaimanapun kini anda tak perlu risau kerana seorang pencipta kandungan, Faiz Zainal menerusi laman X ada menyenaraikan check list peringatan untuk panduan kita bersama.

1. Elakkan daripada memberitahu tarikh balik kampung dan pulang semua ke rumah di media sosial.

Ini boleh mengelakkan daripada rumah dipecah masuk pencuri yang semakin 'bijak' membuat perancangan.

2. Periksa kondisi kereta terutama sekali bahagian tayar, minyak hitam dan brek kereta untuk mengelakkan berlakunya insiden tidak diingini.

CCTV perlu dipasang untuk melihat keadaan rumah dari jauh.

3. Pasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk monitor keadaan rumah dari jauh.

4. Tutup suis elektronik yang tidak penting dalam rumah.

5. Elakkan daripada bagi 'double signal' ketika memandu kereta dalam hujan.

Tindakan ini berisiko kerana boleh mengelirukan pemandu lain kerana ia hanya perlu digunakan ketika berhenti untuk kecemasan sahaja.

6. Bawa powerbank, pengecas dan wayar (cable) yang sesuai untuk mengecas semua peranti yang dibawa pulang ke kampung.

Contoh kepala tong gas atau gas regolator yang perlu ditutup.

7. Guna pemegang telefon (phone holder), Apple Car Play atau Android Auto untuk melihat Global Positioning System (GPS) bagi mengelakkan daripada memegang telefon ketika memandu.

8. Pastikan anda sudah menutup gas regulator atau kepala tong gas dan dapur sebelum meninggalkan rumah untu mengelakkan daripada kejadian tidak diingini seperti kebakaran rumah akibat kebocoran gas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain