suria

Wow! Nabila Huda meriahkan acara Yakult, permainan maya tawar wang tunai RM10,000... apa tunggu lagi jom!

Karnival Family Power bakal menampilkan Nabila Huda dan Hanif Hamzah.

KILANG Yakult Malaysia yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan masih lagi belum dibuka untuk kunjungan orang awam disebabkan situasi pandemik ketika ini.

Bagaimanapun bersempena dengan sambutan yang memberangsangkan pada Hari Terbuka Kilang Yakult yang diadakan sebelum ini, Yakult memutuskan untuk sekali lagi menganjurkan acara sama secara maya buat julung kalinya iaitu Karnival Family Power.

ARTIKEL BERKAITAN: Formulasi baru Yakult Ace rendah kalori, gula dan lebih menyihatkan!

Karnival yang akan berlangsung pada 24 September ini membolehkan penggemar Yakult berinteraksi dengan syarikat itu secara langsung dari kediaman masing-masing tanpa perlu ke kilang.

Karnival Family Power adalah sebuah program permainan maya yang akan disiarkan secara langsung pada pukul 8.30 malam sehingga 9.30 malam di laman Facebook ERA dan laman Facebook Yakult Malaysia.

Menariknya, menerusi acara ini, beberapa bintang terkenal seperti Nabila Huda dan personaliti radio Era, Hanif Hamzah akan membuat kemunculan.

home-yakult-bottles-m

Yakult minuman probiotik pilihan rakyat Malaysia.

Bagi yang ingin menyertai program permainan maya ini, mereka boleh melakukan tiga langkah berikut;

1. Beli produk Yakult Malaysia minimum 20 botol dalam satu resit bercetak sepanjang tempoh kempen (14 Ogos hingga 12 September) dari mana-mana kedai runcit, pasar raya, Yakult Lady atau mana-mana platform e-dagang rasmi Yakult Malaysia.

2. Ambil gambar resit pembelian dan pastikan resit pembelian mengandungi maklumat lengkap iaitu produk pembeli, nombor resit, harga, nama kedai dan tarikh pembelian.

3. Muat naik gambar resit/e-resit yang jelas ke laman mikro yang boleh diakses melalui laman web Yakult Malaysia berserta butiran lengkap tetapi tidak terhad kepada; Nama penuh mengikut MyKad, nombor MyKad, nombor telefon, alamat surat menyurat, alamat emel dan nyatakan sebab ingin menyertai rancangan ini dengan kreatif.

Sementara itu, peserta digalakkan untuk menghantar seberapa banyak penyertaan bagi merebut peluang untuk terpilih menyertai rancangan permainan maya ini.

Dua peserta bertuah akan dijemput bersama setiap ahli keluarga untuk menyertai rancangan permainan maya disamping berinteraksi bersama selebriti jemputan.

Karnival Yakult

Pelbagai hadiah menarik boleh dimenangi.

Juara pula bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 manakal naib juara (RM5,000). Selain itu, seramai 50 penonton bertuah bakal memenangi hadiah tambah nilai e-walet Touch N Go bernilai RM50 dengan hanya menonton dan menjawab soalan segmen kuiz semasa Facebook Live.

Menurut Pengarah Urusan Yakult (M) Sdn Bhd, Hiroshi Hamada, dalam program itu juga penonton akan dibawa melawat kilang Yakult secara maya di mana penonton berpeluang melihat sendiri proses pembuatan minuman probiotik Yakult.

Dengan pendekatan ini katanya, Yakult berharap dapat terus mendidik dan mendorong pengguna untuk sentiasa mengamalkan pengambilan Yakult secara berterusan bagi menguatkan fungsi usus terutamanya pada waktu pandemik ketika ini.

"Dengan adanya rancangan permainan maya bertemakan kekeluargaan ini, ibu bapa boleh meluangkan masa berkualiti bersama keluarga," katanya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan rancangan permainan maya, sila layari laman web rasmi Yakult Malaysia.

Inisiatif ini sejajar dengan falsafah korporat Yakult iaitu “Kami menyumbang kepada kesihatan dan kebahagiaan semua orang di seluruh dunia”.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain