suria

Formulasi baru Yakult Ace rendah kalori, gula dan lebih menyihatkan!

Lawatan ke lokasi Sistem Pemeriksaan Suhu Automatik (ATS) dan pelekat pesanan Kita Jaga Kita di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya oleh pihak Yakult.

IBU bapa semestinya cukup menitikberatkan faktor kesihatan keluarga terutamanya semasa gelombang ketiga pandemik Covid-19 ketika ini.

Apatah lagi, peningkatan kes yang mendadak telah menyebabkan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kedua di beberapa buah negeri serta penutupan sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaitan probiotik dan kesihatan usus... Ketahui juga 6 soalan lazim mengenainya

Langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah dengan memastikan nutrisi yang baik untuk imuniti sihat supaya tubuh badan anak-anak mereka boleh melawan jangkitan virus secara optimum.

Probiotik telah menjadi salah satu faktor nutrisi yang penting kepada kesihatan manusia, kerana manfaatnya terhadap kesihatan manusia telah dibuktikan oleh penyelidikan saintifik secara berterusan.

Minuman probiotik Yakult dinikmati oleh 40 juta orang setiap hari di 40 buah negara seluruh dunia kerana bakteria baik strain Shirota, yang terbukti secara saintifik dapat membantu melancarkan fungsi usus, di mana sistem imun berada. Manfaat probiotik strain Shirota untuk menguatkan usus telah diperakui di dalam Akta & Peraturan Makanan Malaysia.

Setelah mengambil kira maklum balas daripada pengguna, Yakult kini telah mengurangkan kalori dan gula di dalam Yakult Ace.



Yakult Ace tampil dengan formulasi baharu.

Justeru, ibu bapa boleh memastikan anak-anak serta seisi keluarga menikmati faedah Yakult iaitu memperkuatkan usus dengan kalori yang lebih rendah, hanya 48 kcal setiap botol, bersamaan dengan 2 peratus daripada pengambilan kalori harian (jika 2000 kcal).

Kandungan gula bagi setiap botol adalah 11.2g gula, dalam masa yang sama masih mengekalkan jumlah 30 billion strain Shirota untuk setiap botol seperti sebelumnya.

Untuk pengetahuan, Yakult juga menghasilkan minuman probiotik versi kurang gula sejak 2009, yang digelar Yakult Ace Light di mana ia hanya mempunyai 6.8g gula dan 48 kcal serta 30 billion probiotik strain Shirota hidup di dalam setiap botol bagi mereka yang mencari produk probiotik yang berkualiti tinggi dengan kandungan karbohidrat yang lebih rendah.

Mengulas mengenai usaha ini, Pengarah Urusan Yakult, Hiroshi Hamada berkata, Yakult akan meneruskan usaha R&D untuk memenuhi kepuasan pengguna bagi minuman probiotik berkualiti tinggi rendah gula dan mempunyai perancangan untuk mengurangkan lagi kuantiti gula untuk Yakult Ace dan Ace Light pada tahun hadapan.

"Kami ingin mendorong rakyat Malaysia untuk menjaga usus yang sihat dengan mengambil probiotik secara berkala, kerana 70 peratus imuniti terletak pada usus, jadi penting untuk kita menjaga usus yang kuat.

"Ia tidak mudah untuk menjaga keseimbangan antara bilangan probiotik bakteria hidup yang sangat tinggi dan rasa yang sedap dengan kandungan gula yang rendah, kerana gula merupakan bahan yang penting dalam minuman probiotik, yang bertindak sebagai sumber makanan untuk bakteria baik selain untuk mengawal rasa masam produk kerana adanya asid laktik semasa proses fermentasi," katanya.

Tambah Hiroshi, kehadiran asid semulajadi di dalam makanan dan minuman yang melalui proses fermentasi seperti Yakult sebenarnya boleh membantu melambatkan penyerapan gula ke dalam saluran darah. Justeru, ia tidak akan menyebabkan kandungan gula di dalam darah meningkat secara mendadak yang akan memberi kesan buruk untuk kesihatan.

Sementara itu, Yakult turut menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ‘Kita Jaga Kita’ di 12 buah pejabat Jabatan Pendidikan Negeri di Semenanjung Malaysia sepanjang musim pandemik Covid-19 yang dijangka akan memanfaatkan lebih daripada 3,500 kakitangan.

Program ini dianjurkan dalam usaha untuk mengekang penyebaran COVID-19 dengan memastikan semua staf dan pelawat mematuhi Prosedur Operasi Piawai (SOP).

Antara inisiatif yang telah dilakukan adalah menyediakan Sistem Pemeriksaan Suhu Automatik, menyediakan pelekat yang mengandungi mesej berkaitan dengan penjagaan jarak fizikal serta langkah-langkah penjagaan kesihatan yang baik untuk menangani penyebaran Covid-19.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain