suria

Jangan bingung, pasangan lebih tua atau muda bukan penghalang bahagia... ikut saja 4 tip ini pasti kukuh hubungan!

Penyanyi Nick Jonas berkahwin dengan aktres terkenal Bollywood, Priyanka Chopra yang jauh lebih berusia daripadanya.

MASYARAKAT sering memandang serong terhadap golongan wanita lebih berusia yang mengambil keputusan untuk berkahwin dengan lelaki jauh lebih muda daripada mereka.

Perbezaan usia yang besar di antara pasangan sering dianggap tidak mampu kekal lama namun sebenarnya banyak saja pasangan yang mampu mengecap bahagia.

Pendek kata, jarak usia bukanlah penghalang untuk membina sebuah ikatan yang kukuh dan mampu kekal selamanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mungkin remeh... Awas! 5 perkara ini petanda anda tidak bahagia dengan pasangan

Seperti mana pasangan lain, hubungan dengan jurang usia yang jauh juga pasti akan melalui cabaran dan rintangan seperti perbezaan pendapat, pegangan prinsip serta gaya hidup.

Namun itu bukan bermaksud hubungan itu tidak mempunyai keserasian sebaliknya terdapat pelbagai cara dan kaedah dalam menjaga dan membina hubungan tersebut agar lebih kukuh walaupun berbeza usia.



Perbezaan usia bukan masalah tetapi yang penting wujud keserasian.

1. Berkongsi harapan

Tidak kira dalam mana-mana perhubungan sekali pun, berkongsi harapan merupakan perkara asas bagi pasangan mencari titik keserasian dalam hubungan.

Apabila menjalinkan hubungan dengan individu lebih berusia atau muda, seseorang itu perlu memahami keinginan diri sendiri dan pasangan serta apa diharapkan dalam perhubungan.

Hal ini akan lebih memudahkan perjalanan sesuatu hubungan kerana ia akan menjadi lebih jelas dan teratur.

2. Menghormati pasangan

Sekiranya anda merupakan orang yang lebih tua dalam hubungan, jangan pernah sesekali merasakan anda lebih matang dan semua yang anda fikirkan adalah betul.

Anda perlu menghormati perasaan dan pandangan pasangan serta hubungan itu sendiri. Saling memahami antara satu sama lain dan sentiasa terbuka untuk berbincang sekiranya berdepan dengan masalah.

Ini kerana menghormati pendapat dan keputusan pasangan itu sangat penting dalam sesuatu hubungan.



Persefahaman paling penting dalam melangkah ke alam perkahwinan dan bukannya perbezaan usia pasangan.

3. Tahu peranan

Jarak usia yang besar diakui memang mencabar dalam sesebuah hubungan apatah lagi setiap individu mempunyai pengalaman dan gaya hidup berbeza.

Jadi sangat penting bagi pasangan untuk mengeratkan lagi hubungan serta meluangkan lebih banyak masa dengan melakukan perkara yang dapat menggembirakan hati kedua-dua belah pihak.

Ini bukan bermaksud anda perlu berhenti melakukan sesuatu perkara yang anda minati sebagai seorang individu tetapi mengambil kira tentang pasangan anda dapat membantu mengukuhkan ikatan yang terjalin.

4. Terbuka terima nasihat

Bagi lelaki yang jauh lebih muda berbanding pasangannya, perasaan ego pasti akan wujud sekiranya timbul sesuatu perkara atau masalah.

Dalam situasi ini, anda perlu menjadi seorang bersikap terbuka dalam menerima nasihat orang yang lebih arif dan berpengalaman - dalam hal ini adalah pasangan anda yang lebih berusia.

Ketepikan rasa ego kerana pasangan bukan sahaja tempat untuk kita berkasih sayang dan berseronok tetapi berkongsi masalah.

Apa juga yang dilalui bersama pasangan, anda perlu tahu bahawa usia hanyalah nombor sekadar angka.

Sebaliknya cinta sejati adalah tidak menilai rupa, latar belakang, kisah silam malah anda sebenarnya melengkapi di antara satu sama lain.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain