suria

Nak turunkan berat badan tanpa bersenam? Ini 5 cara merealisasikannya

Pemakanan yang sihat boleh membantu seseorang mengurangkan berat badan meskipun tidak bersenam.

RAMAI yang ingin mendapatkan tubuh langsing sebagai menambahkan keyakinan diri namun masalahnya malas bersenam!

Bukan sahaja kerana malas tetapi ramai di antara kita yang terikat dengan pelbagai aktiviti harian sehingga membataskan masa untuk melakukan senaman secara kerap dan teratur.

ARTIKEL BERKAITAN: Tangan dan kaki sering berpeluh tanpa sebab? Ini mungkin penyebabnya

Sebenarnya, tanpa bersenam juga kita boleh menurunkan berat badan dengan menjaga pemakanan selain mendapat rehat mencukupi, termasuklah;

1. Pengambilan makanan berprotein tinggi

Tubuh manusia membakar lebih banyak kalori untuk menghadam protein berbanding lemak atau karbohidrat. Malah dalam kebanyakan diet, memang menyarankan untuk menambah protein dan mengurangkan karbohidrat.

Antara sumber protein yang baik antara lain adalah; daging lembu tanpa lemak, ikan, ayam, taufu, kekacang, telur dan produk susu rendah lemak.

2. Makanan berserat tinggi

Makanan berserat tinggi dapat membuatkan perut berasa kenyang lebih lama kerana serat akan menahan makanan lebih lama dalam saluran penghadaman.

Peningkatan pengambilan makanan berserat dapat menjadi salah satu langkah penting untuk mengurangkan lemak pada perut.

3. Masak menggunakan minyak kelapa

Tidak semua minyak memiliki kesan buruk kepada kesihatan, minyak kelapa misalnya, baik digunakan ketika berdiet untuk mengecilkan perut buncit. Ia pengganti kalori terbaik.

4. Ikan berlemak

Lemak ikan terbukti kaya dengan protein dan omega-3 yang mampu melindungi seseorang daripada serangan penyakit termasuk menghilangkan lemak di sekitar perut. Ikan yang kaya dengan lemak adalah ikan salmon, tenggiri, sardin, kod dan sebagainya.

5. Hindari makanan dan minuman manis

Cara paling mudah untuk mengurangkan berat badan adalah dengan meninggalkan makanan dan minuman manis. Ini kerana gula adalah penyumbang pembentukan lemak pada tubuh terutamanya perut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Chelsea pecat pengurus Frank Lampard

Gajah mati dibaling tayar sedang terbakar