suria

Jadikan trend... hantar makanan kepada insan tersayang ketika pandemik

Menghantar makanan sebagai hadiah ketika pandemik boleh mengeratkan silaturahim dan tanda ingatan.

MAKANAN terbukti menjadi salah satu cara terbaik untuk menambat hati seseorang, apatah lagi ketika ini kita semua tidak dapat bertemu keluarga dan rakan-rakan bagi mengeratkan silaturahim.

Salah satu cara menunjukkan keperihatinan dan ingatan kita adalah dengan mengirim makanan terus ke rumah mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: 69 peratus rakyat Malaysia mahu terus bekerja dari rumah... apa sebabnya?

Malah ketika ini, cukup banyak restoran dan peniaga online yang membuat pek penghantaran istimewa dan peluang ini perlu diambil bagi menggembirakan hati orang yang kita sayang.

Sebenarnya, kita bukan sahaja dapat mengambil hati keluarga dan rakan-rakan ketika suasana pandemik tetapi pembelian yang dibuat dapat membantu peniaga dan penghantar makanan menjana pendapatan.

gift basket on gray background, close-up view

Hamper juga popular sebagai hadiah.

Dalam waktu sukar ketika ini, menghantar makanan atau hadiah boleh dijadikan sebagai satu trend kerana makanan dapat membahagiakan seseorang.

Siapa tahu dengan sebungkus nasi kandar yang dihantar ia dapat menceriakan hari seseorang.

1. Pilih peniaga berdekatan dengan penerima

Sebelum membuat sebarang pembelian makanan atau barangan yang mudah rosak, pastikan anda memilih peniaga dalam kawasan sama dengan keluarga atau rakan-rakan anda.

Selain menjamin kualitinya tetap segar, cara ini juga boleh mencegah makanan daripada cepat rosak.

DoorDash Hot Bag

Trend ini juga membantu peniaga dan penghantar makanan menjana pendapatan.

2. Khidmat penghantaran

Bagi memudahkan urusan penghantaran, gunakan perkhidmatan penghantaran kerana ia lebih memudahkan selain lebih cepat dan selamat.

Pastikan alamat dan informasi penerima diberikan dengan betul agar barang yang ingin diberikan tidak sampai ke tangan orang lain.

3. Ada sebab post di Instagram!

Sekiranya penerima ada mengirimkan gambar bungkusan yang diterima, ambil peluang untuk muat naik di Instagram anda. Bukan untuk menunjuk tetapi ia dapat menjadi promosi kepada peniaga ketika waktu sukar ketika ini.

Mana tahu ada yang ingin melakukan perkara sama dan apabila melihat posting anda, seseorng mungkin tertarik dan membuat tempahan di tempat sama. Ia dapat membantu peniaga. Jangan lupa tag nama Instagram mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Lain